PANAS : TAKTIK AZMIN DAN SAIFUDDIN KANTOI BESAR-BESARAN...
Hari ini Selasa kita baca kenyataan Saifuddin Nasution menafikan dia ada mengeluarkan perkeliling untuk ajak ahli-ahli parti tersebut berkumpul pada 9 Januari untuk mencetuskan huru-hara di Kuala Lumpur pada 9 Januari.
Betul le tu...tak kan kot Setiausaha Agung PKR tu bodoh sangat nak tulis pekeliling hitam putih ini bab. Itu memang kerja orang sewel.
Ewah...ewah ...tapi yang lain macam sikit dibaca ahli Parlimen Machang itu dakwa dia yakin ini kerja UMNO dok kasi gempak semacam.
Ramai kawan yang tanya entah apa bukti yang dia berani cakap begitu.
Kita sedia maklum Saifudin begitu gairah untuk mempertahankan bosnya.
9 Januari adalah tarikh yang ditunggu satu Malaysia. Hari itu hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bakal membacakan keputusan kes liwat bos PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dibicarakan sejak tiga tahun lalu.
Lama sungguh bekas pembantu peribadinya Saiful Bukhari Azlan kena tunggu pengadilan kes yang tertangguh berkali-kali itu.
Saifuddin dan kawan-kawannya sudah tidak nampak apa kecuali hanya fikir dari angle nasib bosnya. Al maklumlah cukup takut hilang talian hayat politik mereka.
Dia orang peduli apa Saiful nak lingkup ke apa ke. Hak untuk 'keadilan' di atas muka bumi ini hanya untuk Anwar saja. Itu saja aturan main mereka.
Namun apa Kawan dengar di luar sana ramai juga orang yang bersimpati mengenangkan nasib Saiful yang terpaksa hidup menyepi sejak buat laporan polis dakwa diliwat bosnya tahun 2008 dulu.
Dalam penafiannya Saifuddin cakap " saya yakin merupakan satu lagi fitnah jahat UMNO yang sememangnya sedang semakin gentar dengan kebangkitan rakyat menentang kezaliman dan kekej! aman mer eka yang terus rakus merompak dan menyeleweng harta rakyat dan negara."
"Wajar dinyatakan juga bahawa sifat jahat memfitnah, membohong dan menyebarkan berita palsu serta usaha memporak-perandakan keamanan rakyat Malaysia kini telah menjadi semakin sebati dan lumrah dalam setiap nafas dan gerak nyawa UMNO," katanya lagi.
Apa lagi nak dikata...Saifuddin dan pemimpin yang masih setia dengan PKR kini amat terdesak, sudahlah dag dig dug dengan kes liwat...kes video seks lanyak GRO China yang dikaitkan dengan Anwar juga cukup bikin pening kepala ! nak jawa b.
Pembangkang khususnya PKR sudah main macam-macam 'wayang' dalam usaha untuk perlekehkan video seks yang semua orang sudah lihat dengan mata kepala sendiri ada kelibat manusia bergerak 'sedang beraksi' atas ranjang dan naik turun lif apartmen.
Ikut ceritanya pembangkang PKR amat bimbang jika siasatan menyeluruh dan terperinci dibuat keatas kes video seks itu.
Kita pun tahu mati hidup balik mereka tidak akan mengaku secara terbuka siapa aktor utamanya...namun ap! a macam dalam hati kecil...tak kan tak kenal kot?.
Ada kawan-kawan yang minta sampaikan nasihat kepada Saifuddin kalau nak tuduh tu biarlah berpada-pada sebab orang yang berotak dapat nilai.
Cukup-cukup le...kes liwat dikata konspirasi UMNO dan selepas tu kes video seks juga kata konspirasi UMNO.
Kalau begitu kenapa takut sangat nak minta siasatan menyeluruh keatas video seks itu.
Bukankah pembangkang yang selama ini kaki asyik minta siasat itu ini.
Apakah takut segala macam daki dan lendir terburai di khalayak umum nanti?
Kalau Saifuddin dan kawan-kawan nak tahu ramai yang ternanti-nanti harinya,selepas Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar kata polis nak mulakan siasatan keatas kes video itu selepas selesai perbicaraan kes liwat.
Balik pada isu 9 Januari,siapa yang boleh lupa hu ha yang terjadi masa kes liwat pertama dulu.
Burung yang berkicau sudah bawa macam-macam cerita menjelang 9 Januari.Ini termasuk harapan puak-puak ini keputusan kes liwat Anwar boleh jadi faktor untuk kasi terbalik Putrajaya dalam PRU13.
Rajin-rajin layari internet waktu-waktu begini.
Jangan lupa Azmin Ali sendiri sudah 'gertak' masa kongres PKR yang baru lalu nak 'pecahkan tembok penjara'.
Pokok pangkalnya...Saifuddin dan Azmin nak cakap bergegar macam guruh sekalipun...undang undang tetap undang-undang - Agenda Daily
More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

Comments