PEMUTIHAN 6P KELAM KABUT :KELUHAN YANG PERLU PENAMBAHBAIKAN.
2 malam lepas buletin utama melaporkan akan kesesakan luar biasa di pejabat imigresen putrajaya.
semuanya kerana free. free dalam maksud pendaftaran sistem 6P yang dilakukan di pejabat imigresen putrajaya tiada dikenakan bayaran.
sebaliknya pendaftaran melalui agen yang sebelum ini menjadi keutamaan pendaftaran sudah semakin tidak mendapat sambutan.
malam tadi aku lepak kat uptown damansara dengan kawan-kawan. sambil makan sotong goreng sempat jugak kami berborak dengan peniaga yang dikenali.
mereka mengeluh mengenai keadaan kelam kabut dalam mendaftarkan pekerja asing (pekerja mereka).
datang seawal pagi pun pun tidak memungkinkan pendaftaran mereka boleh selesai pada hari yang sama.
jika yang mereka yang berdekatan sekitar putrajaya pun mengeluh susah, bagaimana pulak yang majikannya datang dari kelantan dan trengganu.
keadaan ini telah menimbulkan keluhan. buang masa ,berhimpit dan tidak teratur.
tadi KSU kdn kata masih ada 1.2 juta lagi PATI belum mendaftar. imagine kalau 10% daripada jumlah itu datang menyerbu pejabat imigresen dalam 2-3 hari ni ?
tak ke sesak dibuatkan.
hari tutup pendaftaran tinggal beberapa hari lagi.
sistem dan penyelarasan. kenapa sungguh kelam kabut ?
kenapa hanya beberapa pejabat imigresen sahaja yang jalankan operasi.
kenapa tidak pada setiap negeri, kata peniaga yang aku jumpa semalam.
kami difahamkan sistem yang digunakan juga tidak di uji terlebih dahulu.
majikan menyerbu pejabat imigresen kerana pendaftaran percuma namun ianya tidak melepasi kehendak dan ekspstasi majikan. kalau dah datang beratus kilometer segala kos terpaksa ditanggung.
peralatan yang digunakan (NERS) jugak tidaklah secanggih yang didakwa. siapa yang promosikan peralatan NERS ini ?
jelaslah malam tadi keluhan majikan adalah luar biasa.
tolonglah buka pendaftaran PATI ini pada setiap negeri. janganlah create ketidakpuasan majikan pada isu yang tidak sepatutnya timbul.
More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治
Comments