Pendedahan Baru Tersebar:Punca Mahasiswa Boikot Demo 901
Human Rights Watch : Anwar Mengaku Meliwat Saiful Suka Sama Suka
AIDCNews – 30/12/11 – Kenyataan Human Rights Watch (HRW) yang berkempen supaya kerajaan Malaysia menggugurkan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan alasan menggunakan undang-undang lapuk adalah bukti jelas bahawa badan hak asasi antarabangsa itu yakin Ketua Umum PKR itu telah melakukan seks luar tabie terhadap pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
"Sama ada Anwar Ibrahim benar-benar melakukan liwat secara suka sama suka (consensual sodomy) atau tidak, ia tidak relevan sama sekali. Kini tiba masanya untuk menolak undang-undang tersebut dan mengakhiri sandiwara politik lawak yang mempromosikan diskriminasi berlandaskan orientasi seksual dan membinasakan kehidupan orang lain.", kata Phil Robertson, timbalan pengarah HRW bagi rantau Asia.
Terdapat usaha yang kuat di kalangan pihak HRW untuk membuktikan kejadian liwat itu berlaku atas 'dasar suka sama suka', sehingga memanipulasikan fakta yang tidak tepat.
HRW mendakwa berlaku pertukaran pertuduhan dari 'tindakan paksa' kepada 'suka sama suka', walhal hakikat sebenarnya perkara itu tidak berlaku.
"Undang-undang menghukum perlakuan seksual suka sama suka di antara orang dewasa sejenis merupakan pencerobohan hak privasi dan peribadi.
"Tindakan hukuman sebegitu hanya mewujudkan situasi diskriminasi dan penyalahgunaan kuasa dibenarkan berlaku", kata Robertson.
Secara umum HRW berhujah undang-undang anti-liwat yang diguna pakai di Malaysia sudah ketinggalan zaman kerana undang-undang itu bertentangan dengan hak asasi manusia.
Oleh itu, badan hak asasi antarabangsa itu menggesa Malaysia membuang undang-undang anti-liwat yang melangga! r hak pr ivasi dan berbentuk diskriminasi serta menganti dengan undang-undang baru yang membenarkan aktiviti liwat.
Menurutnya, undang-undang baru itu mestilah selaras dengan Prinsip-prinsip Yogyakarta (Yogyakarta Principles), laporan Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu dan Deklarasi Vienna yang mengiktiraf hak-hak asasi manusia termasuk melakukan aktiviti seks luar tabie atas dasar suka sama suka.
Anwar Mengaku Suka Sama Suka
Sejak kes dituduh di mahkamah seksyen, Jalan Duta, 7 Ogos 2008, Anwar sudah membuat pengakuan berlakunya kejadian liwat atas dasar suka sama suka.
Mstar, 7 Ogos 2008 melaporkan, Penasihat PKR itu turut mempersoalkan mengapa beliau seorang sahaja yang didakwa di mahkamah jika berlaku atas dasar suka sama suka.
"Jika suka sama suka, kenapa hanya saya sahaja kena dakwa.Kenapa tak panggil dua-dua?" katanya.
Namun begitu, gagasan liwat suka sama suka hanya dicanang oleh pihak Anwar dan bukannya pihak pengadu, Mohd Saiful.
Mohd Saiful dalam laporan polisnya mendakwa kejadian itu berlaku di luar kerelaannya. Dia tidak suka melakukan aktiviti aktiviti terkutuk itu, tetapi Anwar yang sukakannya.
Namun Anwar pula mendakwa sebaliknya, iaitu ia berlaku secara suka sama suka.
Walau bagaimanapun semasa proses pembelaan, Anwar tidak menafikan keterangan-keterangan Mohd Saiful yang mendakwa telah dipaksa, dimarahinya sebelum kejadian aktiviti seks itu berlaku yang membawa maksud Anwar turut bersetuju dengan keterangan pengadu itu.
Sekarang baru kita faham kenapa Anwar memperbesarkan elemen 'suka sama suka' kerana menurut badan hak asasi seperti HRW, perlakuan seks luar tabie di antara orang dewasa atas dasar suka sama suka adalah tidak salah menurut kaca mata Barat.
Hujah Utama Karpal Singh
Malaysiakini, 25 April melaporkan Karpal Singh, Ketua Peguam Bela Anwar, dalam proses penggulungan hujah untuk menentukan Anwar perlu membela diri atau tidak berhujah berdasarkan tema suka sama suka.
Karpal menegaskan bahawa tuduhan persetubuhan di luar tabii – iaitu di bawah seksyen 377b, bermakna dengan persetujuan tidak konsisten dengan kenyataan Mohd Saiful yang mendakwa tidak bersetuju.
"Bagaimanapun, pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan telah memberi keterangan yang ia tanpa persetujuan," katanya.
Karpal mengingatkan mahkamah bahawa perbicaraan kes liwat pertama yang membabitkan Anwar 10 tahun lepas, di mana pada awalnya hakim Mahkamah Tinggi menerima keterangan pengadu, Azizan Abu Bakar tetapi kemudiannya ditolak oleh Mahkamah Persekutuan kerana didapati wujud elemen suka sama suka dalam aktiviti seks itu.
"Mahkamah ini tidak seharusnya melakuka! n kesila pan ini sekali lagi. Saiful mesti dilihat sebagai saksi yang boleh dipercayai jika mahkamah mahu memanggil untuk membela diri," katanya.
Menurut Karpal kes liwat II adalah sama seperti ke liwat I yang berlaku 10 tahun lepas.
Kes liwat I merujuk kepada tuduhan Anwar didakwa bersubahat dengan adik angkatnya, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja meliwat Azizan Abu Bakar.
Datuk Arifin Jaka, Hakim Mahkamah Tinggi pada 8 Ogos 2000 telah menjatuhkan hukuman bersalah kepada Anwar dan adik angkatnya, Sukma Darmawan meliwat Azizan Abu Bakar di Unit No. 10-7-2, di Tivoli Villa (apartment Sukma Darmawan), Jalan Medang Tanduk, Bangsar, Kuala Lumpur pada satu malam, pukul 7.45, antara Januari hingga Mac 1993.
Namun, Anwar dan Sukma dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan pada 2 September 2004 atas faktor teknikal, iaitu didapati wujud elemen 'suka sama suka'. Klik di sini dan sini
Karpal berhujah wujudnya elemen suka sama suka dalam kes liwat II ini apabila Saiful tidak meninggalkan bilik di mana kejadian liwat itu didakwa berlaku, sedangkan dia boleh berbuat demikian.
Katanya, sewaktu Anwar didakwa meminta Saiful menghampirinya ketika pengadu hanya memakai tuala, Saiful boleh menjerit atau lari dari situ, tetapi tidak berbuat demikian.
Dakwa Karpal, selepas pelakuan aksi seks tersebut, Saiful makan karipap dan minum kopi dan berada di dalam bilik itu selama 20 minit.
Hujah Utama Pembelaan Diri Anwar
Anwar sendiri ketika memberi keterangan bela diri dari Kandang Tertuduh, 22 Ogos 2011, masih mencanang idea suka sama su! ka.
< p>Tindakan Anwar membaca semula keterangan-keterangan, Mohd Saiful di mahkamah, tanpa penafian mengukuhkan lagi kredibel keterangan pengadu yang menjadi saksi utama kes liwat tersebut.
Kenyataan semula apa yang diperkatakan Mohd Saiful dalam mahkamah, tanpa bantahan itu mengesahkan pengakuan Anwar bahawa beliau berada bersama-sama pengadu di Unit 1151 seperti tarikh, masa dan tempat yang dituduh di mahkamah.
Anwar tidak pertikaikan aspek tarikh, masa dan tempat, tetapi yang dipertikaikan adalah aspek psikologi dan menyoal kembali kenapakah Mohd Saiful tidak melarikan diri daripadanya.
"Apabila disoal, beliau menjawab bahawa SP1 (Mohd Saiful) merasa marah dan takut dan tidak bersedia untuk melakukannya, akan tetapi kerana saya kelihatan marah, dia akhirnya akur.
"Perlu diperhatikan pada peringkat ini pengadu boleh, berdasarkan pengakuannya sendiri ketika pemeriksaan utama, (dia boleh) meninggalkan bilik (Unit 1151) kerana tidak ada sebarang bukti percubaan oleh saya untuk mengunci pintu dari dalam.
"Dia juga mendakwa bahawa dia diarahkan masuk ke bilik tidur dan bahawa dia masuk kerana takut. Bahkan di peringkat ini, pengadu berpeluang untuk meninggalkan ruang tamu, walau bagaimanapun dia tidak berbuat demikian.
"Bukti selebihnya menunjukkan bahawa pengadu mempunyai segala peluang dan kesempatan untuk melarikan diri tetapi dia tidak berbuat demikian", katanya.
Anwar turut mengesahkan kebenaran keterangan pengadu bahawa pada hari kejadian, Mohd Saiful membawa KY Jelly.
"Ketika pemeriksaan balas, bukti penting yang berikut telah didapatkan daripada pengadu. Beliau mengakui bahawa dia membawa bersamanya pelincir dan telah secara sukarela dan tanpa teragak-agak menggunakannya .
! p>
� �Beliau mendakwa bahawa berlaku persetubuhan dan ia adalah menyakitkan dan kasar. Walau bagaimanapun, ini jelas tidak mempunyai sandaran dalam bukti-bukti perubatan oleh pihak pendakwa bahawa adanya carikan atau koyakan.
"Selepas perbuatan yang dikatakan itu, beliau memberi keterangan bahawa dia telah duduk untuk minum dan berbual mesra dengan saya", katanya.
Apabila meneliti hujah-hujah pembelaan Anwar itu, wartawan John Berthelsen dari The Asia Sentinel menganggap keterangan Ketua Umum PKR itu berbentuk pengakuan yang mengesahkan kejadian liwat itu berlaku seperti yang didakwa terutama apabila Anwar mengesahkan kewujudan bahan pelincir, KY Jelly
Hujah Penggulungan Pihak Pembela
Gagasan hujah 'Suka Sama Suka' terus konsisten dari awal kes ini didakwa, 7 Ogos 2008 hingga ke peringkat akhir penggulungan hujah pihak pembela pada pertengahan Disember lalu.
Laman pro Anwar, suarapakatanrakyat.com kecewa dengan tema pembelaan seumpama itu.
"Walaupun pahit, kita terpaksa mengakui bahawa penggulungan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kita dikasihi tidak berakhir dengan begitu baik", lapor laman itu.
Menurutnya, komen-komen Karpal kepada media bila ditanya mengenai kes ini juga menunjukkan yang dia sudah putus asa. Sikap ini dapat dilihat dari tindakan Karpal menyerahkan penggulungan kepada dua peguam junior iaitu Sankara Nair dan Ram Karpal secara bergilir dan tidak melakukannya sendiri sehingga akhir sepertimana sepatutnya.
Akibatnya, hujah penggulungan dilihat tidak konsisten dalam menyatakan pembelaan. Malah, kita ju! ga amat terkejut apabila Karpal seolah-olah cuba menggambarkan yang kejadian liwat itu berlaku secara suka sama suka.
Antara hujah yang digunakan ialah Saiful punya banyak peluang untuk keluar dari bilik tidur itu sebelum dakwaan liwat itu dilakukan dan beliau memilih untuk tidak berbuat demikian. Karpal langsung tidak mempertikaikan tarikh, masa dan tempat kejadian iaitu di unit 1151 walaupun cuba menimbulkan keraguan terhadap unit tersebut sebelumnya.
Karpal juga tidak mempertikaikan dakwaan mengenai kewujudan KY Jelly dan bahawa Saiful makan karipap serta minum kopi selepas kejadian.
sumber:AIDC
Pisau kata " suka sama suka rupanya?"
More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治
Comments