JAIPP Sabotaj Program Penyatuan Ummah Patuh Arahan DAP?


JAIPP semenjak mendapat tuan baru sudah lain macam paling ketara apabila mengharamkan pembacaan quran waktu subuh dan patuh kepada arahan Guan Eng mengenai batalkan pengunaan nama nama khas untuk umat Islam walaupun atas titah DYMM YDP Agong .

Tapi apakan daya JAIPP sudah pasti akan menurut perintah 'khalifah' agung kerana ini bertepatan TAAT KEPADA PEMERINTAH walaupun syiar Islam menjadi taruhan.

Kenapa satu majlis untuk penyatuan umat Islam di Pulau Pinang disabotaj sebegitu rupa? Adakah JAIPP sudah menjadi jabatan menjaga hal ehwal DAP?

Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang) hari ini mahu penjelasan daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) yang didakwa menghalang hebahan majlis Multaqa Wahdatul Ummah anjuran persatuan itu pada 17 Dis lepas.

Pengerusinya, Datuk Seri Mohd. Yussof Latiff berkata, persatuannya telah menghantar surat meminta penjelasan mengenai tindakan jabatan itu.

"Saya berasa kesal dengan tindakan JAIPP mengeluarkan surat arahan pada 15 Dis agar majlis ini tidak dihebahkan kepada orang ramai sedangkan dua hari sebelum itu, JAIPP telah mengeluarkan pekeliling yang mengarahkan kesemua pengerusi kariah masjid seluruh negeri menghebahkan program itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Katanya, ekoran larangan hebahan oleh JAIPP itu, Pemenang kerugian RM100,000 kerana menyediakan peruntukan untuk makanan, khemah dan logistik untuk 3,000 orang tetapi ia hanya dihadiri oleh kira-kira 1,000 orang.

Justeru itu, katanya, persatuan itu memberi tempoh seminggu kepada JAIPP untuk menjawab surat penjelasan berkenaan dan tindakan undang-undang akan diambil terhadap ! jabatan itu sekiranya gagal memberi penjelasan.

Majlis Multaqa Wehdatul Ummah yang bertemakan Penyatuan ke Arah Kejayaan Ummah - Masalah dan Penyelesaian disertai oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai salah seorang ahli panel. — BERNAMA


Pisau kata "betul ker ada surat arahan dikeluarkan untuk sabotaj?"


Read More @ Source



More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Scandal: Alyssa The Scandal Queen

Thank you, 2012