PANAS : WAN AZIZAH BANTAH ANWAR CUBA HURU-HARAKAN KL PADA 901..


Apakah akan terjadi di ibu negara pada 9 Januari ini? Apakah kehidupan dan aktiviti warga kota akan sekali lagi tergugat gara-gara rancangan pembangkang untuk mengadakan demonstrasi menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Semua orang tahu pada hari tersebut, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dijangka membuat keputusan terhadap tuduhan liwat ke atas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Kes berkenaan hanya melibatkan Anwar dan bekas pembantu peribadi, Mohd.Saiful Bahri Azlan tetapi kenapakah kami yang tinggal di ibu negara perlu disusahkan?

Sampai bilakah ! pembangk ang terutama Parti Keadilan Rakyat (PKR) hendak menjadikan demonstrasi jalanan sebagai tempat melepas geram?

Tidak cukupkah dengan tindakan mereka menghuru-harakan Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu apabila bersekongkol dengan S. Ambiga mengadakan perhimpunan haram Bersih.

Anwar sudah diberi peluang membela diri dengan barisan peguam- peguam yang hebat belaka dan sekarang terserahlah kepada hakim membuat keputusan.

Oleh itu kenapa perlu berarak beramai-ramai ke mahkamah yang akan dilihat seolah-olah cuba memberi gambaran kalau Anwar didapati bersalah, itu adalah konspirasi.

Apa yang mengecewakan, rakan-rakan saya yang bekerja di beberapa universiti sudah ada gerakan menghasut mahasiswa untuk turut sama dalam demonstrasi yang dipanggil 'Bebas Anwar 901'.

Kita berasa hairan dengan kempen dan tindakan yang akan dilakukan, kalau pembangkang dan penyokong kuat Anwar percaya 'pemimpin agung' mereka itu tidak bersalah kenapa perlu panik?

Kenapa begitu ghairah hendak mengadakan demonstrasi bebaskan Anwar pada 9 Januari ini? Apakah mereka sudah yakin bahawa Anwar bersalah berdasarkan bukti-bukti dibentangkan di mahkamah? Kalau yakin Anwar tidak bersalah, janganlah gelabah tidak tentu fasal.

Sepatutnya, penyokong-penyokong Anwar dan pembangkang berfikiran waras serta menyerahkan segala-galanya kepada mahkamah di samping berdoa kepada Allah SWT.

Percayalah, kebenaran tetap akan muncul biar sehebat mana pun kita menutupi kebatilan. Begitu juga dalam kes Anwar ini.
Read More @ Source



More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Scandal: Alyssa The Scandal Queen

Thank you, 2012