DAP merekrut Melayu yang ‘bangkrap politik’

Dalam usaha untuk mendapat sedikit sokongan orang Melayu dalam PRU13 yang dijangkakan akan menjelang dalam separuh awal 2012, parti Chauvinis Cina DAP telah merekrut orang Melayu yang sebenarnya telah 'bangkrap politik' dan hilang kerelevanan mereka sebagai pemimpin, terutama melalui UMNO. Ini adalah usaha mereka bagi 'penjanaan dikalangan orang Melayu'.

Portal berita yang pro-anti politik sayap kanan membayangkan bahawa beberapa orang Melayu yang tidak lagi laku dalam arena politik mereka, malah telah dijadikan 'bahan rosak' (reject item).

DAP tarik veteran Umno untuk hakis serangan anti Melayu

Oleh Shannon Teoh
December 28, 2011

KUALA LUMPUR, 28 Dis — DAP telah menarik beberapa pemimpin Melayu termasuk sekurang-kurangnya dua veteran Umno sebagai satu langkah untuk menghakis sokongan dari komuniti dominan selepas dituduh anti Melayu dari parti pemerintah.

The Malaysian Insider difahamkan penulis blog terkenal Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz, yang juga bekas wakil rakyat Pulau Manis dan Aspan Alias, veteran Umno Negeri Sembilan, telah dijemput untuk menyertai DAP, yang berkemungkinan besar akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Ketua Pemuda DAP Anthony Loke(gambar), yang ditugaskan untuk menambah sokongan Melayu bersama anggota strategi Liew Chin Tong dan Zairil Khir Johari, mengesahkan penyertaan dua individu itu.

"Kami mendekati mereka tetapi tiada keputusan dibuat. Tetapi bukan penentu mereka akan bertanding dalam pilihan raya. Ia kebimbangan kedua kami," kata Ahli Parlimen Rasah ini.

Loke menambah bahawa buat masa ini, parti gembira apabila kedua-dua veteran Umno itu membuat kritikan secara terbuka terhadap parti Melayu terbesar dan Barisan Nasional (BN) dalam blog mereka.

Kedua-dua veteran itu menghadiri Konvensyen Media Sosial yang dipanggil "Rakan Pulau Pinang" yang dianjurkan Zairil dua minggu lalu.

"Kami mahu mendekati orang yang berpengaruh di media sosial. Tetapi kami bukan mewujudkan tentera siber. Tidak seperti Umno, kami tidak membayar dan rakan tidak boleh dibeli," katanya namun enggan mengulas sama ada kedua-dua veteran itu akan menyertai DAP.

Zairil, anak kepada bekas menteri pendidikan dan bekas pemimpin Umno , Tan Sri Khir Johari, telah dilantik sebagai setiausaha politik Lim Guan Eng awal tahun ini dilihat sebagai satu langkah untuk untuk mewujudkan parti berbilang bangsa.

Tetapi pemimpin DAP dan Pakatan Rakyat mengakui dalam laporan The Malaysian Insidersebelum ini bahawa Umno melemparkan pelbagai tuduhan kepada pembangkang semata-mata mahu mendapatkan kembali sokongan orang Melayu.

The Malaysian Insider juga telah mengeluarkan keputusan kaji selidik yang dijalankan DAP di mana menunjukkan sokongan orang Melayu di Pulau Pinang telah menurun kepada 30 peratus, jatuh hampir 50 peratus selepas beberapa bulan Lim memegang jawatan ketua menteri pada 2008.

Umno berulangkali menuduh Pakatan Rakyat terutamanya DAP, sebagai anti Melayu, terbaru perkara itu dibangkitkan dalam perhimpunan agungnya di mana beberapa wakil dan pemimpin termasuk timbalan presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan pembangkang anti Melayu, anti Islam, ejen Kristian dan biadap terhadap raja Melayu.

Akhbar rasmi Umno, Utusan Malaysia pada awal tahun ini mendakwa DAP telah berkomplot dengan pihak Kristian untuk menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian.

DAP telah mendekati orang Melayu dengan melantik pemimpin Melayu dan pengasas Transparency International Malaysia Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang kini memegang jawatan naib pengerusi.

Difahamkan pemimpin DAP telah bertemu dengan pemimpin Melayu dalam satu mesyuarat tertutup untuk membincangkan isu-isu yang berkaitan negara Islam, hudud dan Bumiputera.

Dengan penyertaan Mohd Ariff Sabri, yang menggunakan nama samaran Sakmongkol AK47 akan menjadi perubahan yang besar dalam parti memandangkan beliau merupakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pada 2008 dan juga ketua penerangan bahagian Pekan yang merupakan kawasan Datuk Seri Najinb Tun Razak.

Aspan Alias pula lantang mengkritik pentadbiran pemerintah sejak beberapa tahun lalu dan khabar angin mengatakan beliau akan menyertai DAP selepas dilaporkan telah memberikan ucapan pada satu majlis makan malam DAP di Tampin, Negri Sembilan awal tahun ini

*********

Ariff yang selama ini disifatkan sebagai 'ADUN yang gagal' kerana rekod perkhidmatan yang buruk, tidak diberikan peluang untuk dicalonkan semula dalam DUN Pulau Manis pada PRU12. Manakala Aspan pula telah pernah kalah apabila bertanding bawah tiket Semangat 46, tidak pernah mendapat peluang untuk dicalonkan oleh UMNO dalam sebarang pilihanraya, walaupun pada 1996 Presiden Semangat 46 Tengku Razaleigh Hamzah membubarkan parti yang ditubuhkan pada 1988 itu demi perpaduan Melayu dan sebilangan besar ahlinya kembali kepangkuan UMNO.

Difahamkan mereka akan dicalonkan dalam PRU13 mewakili DAP dalam kerusi majoriti Cina. Ini adalah taktik DAP bagi:

1. Menunjukkan bahawa parti itu bukan Chauvinis Cina dan mempunyai pemimpin Melayu

2. Membuktikan masyarakat majoriti Cina boleh memberikan calon Melayu peluang untuk mewakili mereka sebagai pemimpin yang dipilih

3. Memaparkan mereka merupakan parti pelbagai etnik yang relevan, sesuai dengan strategi 'Malaysian, Malaysia' bagi membolehkan golongan minoriti menguasai majoriti melalui proses demokrasi

Difahamkan juga, kedua calon ini adalah antara nama nama dikalangan orang Melayu yang akan dicalonkan dalam PRU13.

Dalam sejarah DAP semenjak usaha menubuhkan parti 'wakil' Chauvinos Cina berasal dari Singapura PAP pada tahun 1966 itu, hanya segelintir orang Melayu diberikan puang untuk bertanding dalam mana mana pilihanraya. Sebelum ini DAP pernah meletakan calon Melayu dalam pilihanraya. Mantan Setiausaha Agung Ceupacs Ahmad Nor pernah mengalahkan calon BN di kawasan Parlimen Bayan Baru semasa PRU 8 1990. Pada PRK Parlimen Gopeng pada 1987, Ahmad telah gagal mengalahkan calon BN Ting Chew Peh. Ibrahim Singgeh pernah dipilih sebagai ADUN di Perak.


Read More @ Source



More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

AISKRIM CAP SAMSIDA! MARI LIHAT FOTO MAHASISWA BEROMEN DI DATARAN!

Keffiyah Yahudi ~ Usaha puak Zionis Israel untuk menyaingi Keffiyah Arafat

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??