PAS Kekal Sokong Gadai Kesucian Islam ?


Pas tidak menarik balik kenyataan bersama pemimpin pakatan pembangkang yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama lain kerana kenyataan itu telah disedia dan ditandatangani oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mendedahkan perkara itu berkata, dalam usaha menyelesaikan masalah tersebut, beliau telah meminta Presiden Pas itu sebagai seorang yang tahu agama dan faham Islam, supaya memberikan pandangan untuk diteliti oleh pemimpin pakatan pembangkang.

"Maka Tok Guru Hadi Awang pun atas nama Pas buat, dengan ayat al- Quran nama Allah itu bagaimana dari segi orang Islam bagaimana dimuliakan, orang (bukan Islam) nak sebut insya-Allah, alhamdulillah tak dilarang kalau sebut itu dengan memuliakan, tetapi syaratnya jangan menghina, jangan menyalah erti, jangan menyalah tafsir.

"Kemudian saya kena runding, ha itu kerja ambo, kenyatae (kenyataan) itu Pas setujulah (sebab) kenyatae ia, Keadilan tak susah tapi DAP, kena beri penerange (penerangan) pada dia.

"Jadi ambo terang kepada Kit Siang (Penasihat DAP, Lim Kit Siang) kata begini, ini (kalimah Allah) bagi orang Islam sensitif dia benar orang bukan Islam (guna). Orang Cina kata insya-Allah saya nak pergi, kita tak hukum dia kerana dia sebut dengan molek.

"Jadi apabila syarat-syarat itu dia tanya, saya kata beginilah, kita pakatan, kita setuju jangan dok baloh (berbalah) soal ini, soal Hindu orang Hindu tu bagi dia cakaplah, tapi hok Isle (Islam) ini, biarkan kita bagi penjelase (penjelasan).

"Itulah yang kita terima, kenyataan kita itu yang dibentangkan oleh Pas, satu perkataan pun ambo tak pinda, ya, dalam kenyat! aan itu satu perkataan sepenuhnya daripada awal sampai habis yang Tok Guru Hadi Awang sign (tandatangan) ana (saya) jadikan kenyataan majlis pimpinan pakatan rakyat yang dipersetujui oleh Pas, Keadilan, DAP," katanya ketika berceramah di Ketereh malam tadi.

Pada 8 Januari lalu, Abdul Hadi mengumumkan pendirian pakatan pembangkang yang menyatakan Islam tidak menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah Allah dalam amalan mereka walaupun tidak mencapai maksud asal bahasa al-Quran.

Pendirian bersama pakatan pembangkang itu turut dipersetujui Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu. Read More @ Source



More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Scandal: Alyssa The Scandal Queen

Jho Low's Girlfriend Paris Hilton drunk and flashing panties ...