HOT : ANWAR BERKECIL HATI DISEBABKAN PAS...


Wow...cukup hebat bila sebuah portal dibawah payroll Anwar mempersoalkan keputusan yang dibuat oleh PAS dalam memilih calon PM jika pakatan haram dapat menawan Putrajaya...



Portal tersebut menyatakan rasa kurang senang terhadap tindak tanduk PAS yang masih cuba menafikan kedudukan Anwar Ibrahim sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia jika Pakatan haram berjaya mentadbir Putrajaya selepas pilihanraya umum akan datang.

Portal tersebut memdedahkan ada antara yang hadir menyalahkan PAS sehingga menyebabkan Anwar berjauh hati...

Punca portal tersebut menyatakan begitu ialah apabila Anwar dikatakan terpaksa mengeluarkan kenyataan supaya media dan rakyat tidak membincangkan soal jawatan Perdana Menteri pakatan haram dalam ucapannya di Kongres pakatan haram kelmarin walaupun  Azmin Ali dalam ucapannya sebelum itu, secara terbuka menyatakan Anwar akan dilantik sebagai Perdana Menteri! !!

Menurut portal tersebut apa yang memburukkan keadaan ialah kenyataan Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man semalam yang meletakkan 2 faktor utama untuk melayakkan seseorang menjadi Perdana Menteri iaitu yang pertama, parti mana yang lebih dominan dan persetujuan dari semua parti komponen Pakatan Rakyat).

Apa yang diutarakan oleh Tuan Ibrahim itu tidak salah, tetapi ia lebih kepada masalah teknikal. Tak payah disebut pun rakyat tahu Perdana Menteri akan dilantik dari kalangan pemimpin yang mempunyai sokongan majoriti di Parlimen.


Masalahnya sekarang, PKR dengan PAS bukan parti dominan..Yang dominan dalam pakatan haram ialah DAP dan wakil dari DAP yang sepatutnya menjadi calon PM.. Dimana hujah 'dominan' Tuan Ibrahim?? Adakah PAS nak sokong DAP jadi PM??

Apa yang EP lihat  perbalahan ini telah mencetus pelbagai persoalan....Semuanya bermula apabila berita Hadi Awang bersama-sama Mustafa Ali pergi berjumpa Ku Li untuk menawarkan jawatan PM sementara...Alasan Hadi Awang pada Ku Li ialah Anwar mempunyai masalah moral dan tidak layak menjadi PM...


Agaknya apa masalah moral yang dimaksudkan sehinggakan Hadi Awang menolak Anwar??

!
Apa yang lebih menarik diakhir artikel tersebut apabila portal tersebut mendesak rakyat supaya membulatkan hati untuk mengundi calon PKR dan DAP sahaja dalam pilihanraya umum akan datang sebagai tanda protes terhadap parti PAS yang menolak Anwar sebagai calon PM..

** Kuasa tak dapat lagi..dah berebut nak letak siapa calon PM..macam mana la agaknya kalau puak-puak ni perintah Malaysia.. PAS tak suka DAP dan ANWAR...DAP pula suka ANWAR tapi tak suka PKR dan PAS manakala PKR pula tak suka DAP dan HADI AWANG...elok la tu....alamat hancurlah Malaysia..
Read More @ Source



More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Scandal: Alyssa The Scandal Queen

Jho Low's Girlfriend Paris Hilton drunk and flashing panties ...