Soalan saya dalam sidang parlimen bulan oktober ini.

Berikut adalah soalan-soalan yang saya akan ajukan dalam sidang Parlimen bulan hadapan.

Salam, DARD


SOALAN LISAN:

Dato Abdul Rahman Dahlan (Kota Belud) minta Perdana Menteri menjelaskan apakah kesan dan kejayaan program-program integrasi dan perpaduan negara dalam pembentukannegarayang mana kerajaan telah memperuntukkan bajet yang besar?

Dato Abdul Rahman Dahlan (Kota Belud) minta PERDANA MENTERI menjelaskan apakah tindakan spesifik kerajaan untuk memberi lebih ramai lagi rakyat Malaysia di Sabah menjawat jawatan tinggi perkhidmatan awam persekutuan dan GLC di Sabah?

Dato Abdul Rahman Dahlan (Kota Belud) minta MENTERI LUAR menjelas apakah usaha spesifik kerajaan untuk memastikan kerajaan Filipina mengujudkan pejabat konsulat mereka di Sabah?

Dato Abdul Rahman Dahlan (Kota Belud) minta MENTERI PELAJARANmenyatakan samaada Kerajaan berhasrat mengkaji sukatan mata pelajarandan juga keberkesanan sistem pengajaran sedia ada berhubung aspekpendidikan reproduktif disekolah menengah?


Dato Abdul Rahman Dahlan (Kota Belud) minta MENTERI PELAJARAN menjelaskan tindakanDewan Bahasa dan Pustakauntuk memulihara bahasa etnik memandangkan ianya semakin pupus dan jarang digunapakai?


SOALAN BERTULIS:

Dato Abdul Rahman Dahlan (Kota Belud) minta MENTERI PERDAGANGANDALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan apakah mekanisme perlaksanaan yang akan diambil oleh Kerajaan melalui Akta Persaingan bagi memastikan penetapan! harga d i kalangan industri yang bermonopoli dapat dikekang dan
dibenteras?

Dato Abdul Rahman Dahlan (Kota Belud) minta MENTERI KEWANGANmenyatakan pencapaian langkah-langkah sedia ada bagi membenterasgejala rokok seludup, yang meningkat selaras dengan kenaikan cukai
rokok, dan apakah langkah-langkah yang akan diambil bagi meningkatkanlagi keberkesanannya.

Dato Abdul Rahman Dahlan (Kota Belud) minta MENTERIPERDAGANGANANTARABANGSADAN INDUSTRI menyatakan apakah Kerajaan bercadang untukmember kebenaran kepada pasaraya dan pengedar barangan untukmengimport terus barangan jualan mereka tanpa melalui pengimport yangmempunyai Approved Permit (AP)?

Dato Abdul Rahman Dahlan (Kota Belud) minta Menteri Kerja Raya menjelaskan apakah tindakan kementerian kepada kontraktor-kontraktor yang merosakkan permukaan jalan semasa membuat pembaikan atau mengorek lubang kerana ianya membahayakan pengguna jalanraya?


Dato Abdul Rahman Dahlan (Kota Belud) minta Menteri Pertanian menjelaskan apakah kerajaan akan mengadakan sistem musim berbuah bergilir-gilir sepanjang tahun memandangkan sekarang ini musim berbuah sesetengah buah adakah serentak dan mengakibatkan lambakan yang merugikan?

Letter & Opinion From Joe Public

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Scandal: Alyssa The Scandal Queen

Jho Low's Girlfriend Paris Hilton drunk and flashing panties ...