Jangan Ambil Mudah Kelebihan Di Galas



Oleh Indera Ahmad

MUAR, 29 Sept Pemuda BarisanNasional (BN) melihat parti itu mempunyai kelebihan berbanding Pas pada pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas berdasarkan sokongan rakyatterhadap keberkesanan kepimpinan Datuk Seri Najib serta masalah yang berlaku didalam pakatan pembangkang.

Namun pada masa yang samaTimbalannya, Datuk Razali Ibrahim turut mengingatkan agar jenteranya tidak mengambil mudah kelebihanberkenaan.

Menurut beliau sekalipunsituasi sekarang BN mempunyai kelebihan berbanding pakatan pembangkang tetapi jentera Pemuda harusmenumpukan usaha untuk menjamin kemenangan calon BN.

Saya nak ingatkan jenteraPemuda BN khususnya Pemuda UMNOagar tidak mengambil mudah terhadapcabaran Pas pada pilihan raya kecil bagi kerusi DUN Galas nanti sekalipun BNmempunyai kelebihan.

Jentera Pemuda BN harus bersiapsedia untuk memberi tumpuan apabila diarah bekerja keras untuk memastikan calonBN menang, katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Ketua UMNOBahagian Muar Datuk Mohd Ismail Mohd Shah di sini hari ini.

Kerusi Galas kosongberikutan kematian wakil rakyatnya Chek Hashim Sulaima, 46, dari Pas akibatbarah usus, dua hari lepas.

Razali, yang juga NaibKetua Pemuda UMNO seterusnya berkata, BNmempunyai kelebihan kerana rakyat menyokong keberkesanan kepimpinan PerdanaMenteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Mereka juga melihatkepincangan pentadbiran kerajaan pembangkang di Pulau Pinang, Kedah danSelangor serta kekecohan pemilihan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat yang sedangberlaku," katanya.


Letter & Opinion From Joe Public

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Scandal: Alyssa The Scandal Queen

Jho Low's Girlfriend Paris Hilton drunk and flashing panties ...