Pemuda Kutuk Keganasan Di Syria

Oleh Azman Abas

KUALA LUMPUR 30 Mei – Pemuda UMNO hari ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ganas dan tidak berperi kemanusian oleh pemimpin dan pihak berkuasa Syria di dalam menangani konflik di negara tersebut.

 

Dalam satu kenyataan kepada MediaUMNO, Ketuanya Khairy Jamaluddin seterusnya menggesa kerajaan untuk mengeluarkan kenyataan rasmi mengecam tindakan kejam berkenaan.

"Kita mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ganas dan tidak berperi kemanusian oleh pemimpin dan pihak berkuasa Syria di dalam menangani konflik dalamannya sehingga mengakibatkan lebih sepuluh ribu kematian di kalangan orang awam, termasuklah insiden terkini di Houla yang mana menyaksikan 108 rakyat Syria terbunuh dengan kebanyakan daripadanya adalah kanak-kanak.

"Pemuda juga mendesak Kerajaan untuk mengusulkan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) untuk turut sama mengecam dan seterusnya memberi tekanan kepada rejim pimpinan Presiden Bashar al-Assad di Syria untuk melaksanakan pelan damai anjuran  Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Liga Arab,yang baru sahaja dikuatkuasakan enam minggu lalu, bagi memulihkan kembali keamanan di negara tersebut."katanya.

Read More @ Source



More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Scandal: Alyssa The Scandal Queen

Thank you, 2012