Konsert Di HBN 2012 Program Mungkar?
May 29, 2012 · 3 Comments
Untuk seketika dalam seminggu dua ini, pihak pembangkang sekali sekala akan mengapungkan isu Himpunan Jutaan Belia 2012 (HBN 2012) yang salah satu segmennya dikaitkan kononnya menggalakkan maksiat dikalangan belia.
Pembangkang khususnya PAS, melihat penyertaan artis seksi dari Korea yang turut memeriahkan HBN 2012 tempohari menunjukkan seolah-olah kerajaan sengaja mahu menyuburkan kemungkaran di kalangan generasi muda.
Munurut Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS, Riduan Mohd Nor, "Dengan menampilkan artis seksi sebagai hidangan masyarakat, kerajaan menganggap itu sebagai suatu perkara yang biasa dan tidak ada salahnya. Mungkin inilah nilai wassatiyyah yang hendak diterapkan oleh perdana menteri".
Jika kita baca satu persatu bait ayat yang diucapkan oleh Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat itu kelihatan semacam betapa prihatinnya PAS terhadap etika penampilan artis dan kesannya terhadap gejala sosial.
Dari satu sudut teguran itu bolehlah diterima sekalipun nadanya sinis dan menyindir.
Untuk masa akan datang elok pihak berkenaan mengambil serius etika pemakaian untuk artis tempatan dan luar negara. Lagipun kalau setakat ada garis panduan saja tapi penguatkuasaan kurang, tak guna juga, tak gitu?
Dalam pada itu penulis teringatkan satu peristiwa yang agak nostalgic sekali dan pernah berlaku di negeri Selangor suatu ketika dulu yang mungkin sudah hilang dari memori Pemuda PAS.
Andai disebut nama Caburetors Dung, tentu saja boleh membangkitkan kembali ingatan umum bagaimana 'menariknya' gaya tarian gelek yang dipersembahkan oleh artis underground pujaan pembangkang itu.
Kebetulan acara tomggeng itu diadakan di program anjuran pembangkang "Perhimpunan Protes Sejuta Rakyat – Protes Sampai Turun" bertempat di Stadium Kelana jaya.
Barangkali nak disesuaikan dengan tema 'protes sampai turun' itu pasal seluar si penyanyi pujaan pembangkang pun terlondeh sama menayangkan seluar dalam sambil menyebut "jilat, jilat, jilat".
Insiden tonggeng punggung oleh penyanyi Carburetors Dung itu pernah mendapat ulasan positif dari Naib Presiden PAS, Husam Musa yang menyifatkannya sebagai protes terbuka terhadap Kerajaan BN.
KOTA BHARU : Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa meminta supaya semua pihak tidak menyalahkan kumpulan underground Carburetor Dung yang mengadakan persembahan nyanyian pada perhimpunan Protes anjuran parti Pakatan Rakyat kerana kumpulan itu berani membawa mesej kepada kerajaan.
"Saya bukannya pro kepada band rock itu tetapi kalau kita dengar semula senikata lagu (yang dinyanyikan) itu ada mesej tertentu kepada kerajaan,
"Cuma silap budak tu (penyanyi) buka seluar walaupun dalam konsertnya sebelum ini pun dia memang buat begitu, jadi pada malam itu tak baiklah dia buat macam tu," jelasnya.
Pendek kata, kalau dihalusi bait kata Husam Musa, tonggeng punggung itu hanya kesalahan kecil berbanding senikata lagunya yang ada mesej protes terhadap Kerajaan BN.
Kata-kata Husam Musa itu sebenarnya kalau kita mahu sensasikan lagi isu ini boleh saja dimanipulasi untuk aplikasikannya dalam isu artis seksi dari Korea di HBN 2012, tak gitu?
Satu lagi imbasan yang penulis suka ketengahkan untuk perhatian juak-juak PAS dan pemimpin pemuda PAS yang gemar bersoal jawab pasal konsert & program 'maksiat', apakata kita undur seketika setahun sebelum ini dan tumpukan seketika di I-City Shah Alam.
Pada tahun 2011 telah berlangsung konsert MTV World Stage Live in Malaysia 2011 pada tanggal 24 Julai 2011 di I-City Shah Alam yang turut melibatkan artis dari luar negara.
Kira-kira seminggu selepas itu kita sambut kedatangan Ramadhan Al-Mubarak. Kebetulannya program yang turut menampilkan artis k-pop seksi Korea itu juga mendapat sokongan kuat dari kerajaan negeri Selangor.
Bukankah jika benar PAS serius tidak mahu bersekongkol dengan program maksiat & mungkar rasanya dengan pengaruh 3, 4 orang exco PAS dalam kerajaan negeri Selangor patutnya program tersebut boleh dibatalkan sahaja, tak gitu?
Kalau ini tidak menunjukkan PAS pun turut sama redha anak muda leka dan dilalaikan dengan hiburan sambil mencuci mata, agaknya apa alasannya pula untuk membezakannya dengan konsert di HBN 2012?
* Amoi seksi basuh kereta, pesta bikini, model 'seksa' di pertunjukan automobil dan mandi buih di Selangor dan Penang serta masalah gro siam di Kelantan juga minah lgbt di perkhemahan haram Dataran merdeka, Pemuda PAS tak mahu ambil tahu ka?
By HackerXP
More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治
Comments