Maki Pemuda UMNO, Anwar Terdesak Raih Sokongan

Oleh  Azlina Rosdy

KUALA LUMPUR, 28 Mei – Memang sudah menjadi perangai dan sikap Anwar Ibrahim suka mencetuskan provokasi jahat sehingga mengakibatkan keadaan huru-hara supaya mudah dia mengambil kesempatan di atas situasi tegang yang ditimbulkannya. 

Oleh itu, Exco Pemuda UMNO Malaysia, Ali Mazat Salleh meminta agar semua ahli UMNO khususnya Pemuda UMNO jangan cepat melatah dan terjerat dalam perangkap Anwar.

Menurut Ali Mazat, tindakan Penasihat PKR ini memaki hamun Pemuda UMNO dalam satu sesi ceramahnya di Pantai Dalam baru-baru ini sebenarnya adalah salah satu strategi Anwar dalam mencetus provokasi.

"Dia suka cetus provokasi jahat dan mengharapkan tindakbalas daripada perbuatannya itu. Memang dia tunggu kita melatah dan membalas perbuatan dia tu. Bila kita membalas dan tersalah langkah, maka makin mudahlah untuk dia mengambil kesempatan. Itulah yang dia mahu. Langkah terbaik adalah biarkan dia menyalak seorang. Jangan kita bantu dia untuk mencapai modus operandi mencetus kemarahan rakyat sebagaimana matlamat jahatnya.

"Anwar dah semakin terdesak untuk mendapat sokongan. Sebab itu dia suka guna provokasi. Saya lihat, menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, Anwar akan terus menggunakan cara ini malah akan bertindak ganas dan liar demi memperlihatkan bahawa politik di Malaysia ini penuh keganasan. Dengan ini, UMNO dan BN yang akan dipersalahkan dan mereka pula mendapat kebaikannya," ujar Ali Mazat kepada MediaUMNO.

Tambahnya, Anwar telah melihat bahawa kekecohan yang dicetusnnya dalam BERSIH 3.0 baru-baru ini telah memberi impak yang buruk tetapi dia tidak mempunyai pilihan lain selain terus-terusan menggunakan taktik mencetus keganasan demi memburukkan imej UMNO dan BN.

"Setiap kesilapan langkah di pihak kita, akan dipergunakan sebaik mungkin oleh Anwar. Oleh itu, kita tidak perlu memberi ruang kepadanya untuk memanfaatkan keadaan. Anwar juga saya lihat semakin terhimpit dan terdesak kerana dia mula melihat bahawa dirinya kini tidak lagi menjadi sanjungan dalam pakatan rakyat.

"Ditambah pula Karpal Singh kini begitu lantang mahu melantik bukan Melayu untuk mengisi jawatan Perdana Menteri. Ini sekaligus menghancurkan harapan Anwar yang mengggunung untuk menjadi Perdana Menteri. Sebab itulah selagi boleh, dia akan terus melakukan provokasi demi provokasi melagakan rakyat di negara ini," jelasnya lagi.

Ali Mazat turut berharap agar rakyat tidak terpengaruh dan terpedaya dengan Anwar yang penuh tipu muslihat jahat semata-mata untuk mencapai impiannya. –MediaUMNO

 

Read More @ Source



More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

AISKRIM CAP SAMSIDA! MARI LIHAT FOTO MAHASISWA BEROMEN DI DATARAN!

Keffiyah Yahudi ~ Usaha puak Zionis Israel untuk menyaingi Keffiyah Arafat

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??