Al-Fatihah! Ulangtahun ke 39 kembalinya P.Ramlee ke Rahmatullah!



Al-Fatihah!



Pada 29hb Mei 1973, negara kita kehilangan seniman P.Ramlee AMN, pelakon, pelawak, pengarah, legenda dunia perfileman Melayu. Allahyarham P.Ramlee juga seorang biduan termasyhur, penggubah lagu, pemuzik, penulis lirik dan serbaboleh didalam pelbagai bidang lain.


Dizaman kegemilangan arwah, ia di puja dan dipuji segenap lapisan masyarakat serantau namun di akhir hayat arwah, ia keseorangan dan dilupakan golongan yang pernah menghurunginya bagaikan lebah mahu menghisap madu keseniannya.

Ramai yang menjadi kaya raya dengan memerah keringat titik peluh seniman termasyhur tanahair kita ini tetapi membiarkan arwah hidup miskin melarat di-tahun tahun akhir kehidupannya.

Segala gelaran2 dan kemasyhuran yang diberikan kepada arwah sesudah ia menghembuskan nafasnya yang terakhir tidak membawa apa apa makna kepada diri arwah sebab itu saya memilih tidak mahu meletakkan segala gelaran kebesaran itu dipenghujung namanya didalam artikel saya ini.

Biarlah dokumentari History Channel sahaja yang menjelaskan siapakah dia P.Ramlee didalam kehidupan kita sebagai warga Tanah Melayu ini?








Jika arwah P.Ramlee masih hidup ke hari ini maka beliau akan berusia 83 tahun! Namun hakikat bahawa P.Ramlee sudah lama meninggalkan kita harus menjadi satu peringatan kepada kita bahawa kita juga pasti mengikuti arwah ke Alam Barzakh selepas ini.

Negara ini memang mudah melupakan jasa dan pengorbanan insan2 seperti arwah P.Ramlee. Semasa masih hidup, jarang ada pihak2 yang mahu tampil membantu dan menghargai mereka yang pernah mewarnai kehidupan kita serta memartabatkan jatidiri warisan Melayu ditanahair ini melalui karya2 yang boleh kita banggakan.

Selalunya Melayu akan tengadah hanya sesudah terhantuk berpinau biji mata! Negara dan tanahair tercinta ini berisiko dijajah kembali angkara persengketaan sesama Melayu yang kini sudah tidak segan silu lagi mencanangkan bahawa bumi bertuah ini bukan milik Melayu lagi! Hanya sesudah menang sorak dan kampong tergadai mungkin Melayu celik semula?

Tetapi mungkin ketika itu sudah terlambat tak dapat di rampas kembali!

P.Ramlee pernah menghasilkan beberapa filem klasik tentang pentingnya Melayu menjaga tanahairnya ini walau terpaksa bergadai nyawa sekaipun namun apakah jasa tanahair ini kepada insan seni sebagus dirinya ketika ia amat memerlukan sokongan dan bantuan?

Hampa! Tiada!

Kepada anda yang mungkin pernah menikmati hasil2 karya P.Ramlee, hadiahkan lah bacaan Surah Al Fatihah dan Surah Yasin kepada arwah P.Ramlee sebagai mengenang jasa Allahyarham kepada kita semua.

Al-Fatihah!

Surah Yassin:

Kenanglah saudara seagama kita P.Ramlee didalam do'a2 kalian sempena ulangtahun kembalinya arwah ke sisi Allahu Rabbul Alamin 39 tahun nan lalu. Insya Allah.
Read More @ Source



More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Scandal: Alyssa The Scandal Queen

Thank you, 2012