Rakyat cuma nak tahu ada atau tidak… tapak masjid sudah hilang
NIBONG TEBAL – Umno Pulau Pinang memberi tempoh dua minggu kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng untuk memberikan jawapan tepat berhubung isu penjualan tapak masjid dan sekolah di Bayan Mutiara. Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Zainal Abidin Osman berkata pihaknya akan menimbang tindakan injunksi mahkamah atau langkah lain bagi menghalang pembangunan di tanah itu jika Lim gagal memberi jawapan yang konkrit dalam tempoh tersebut. Beliau berkata Ketua Menteri itu hanya perlu memberi jawapan berdasarkan fakta tanpa sebarang putar belit, iaitu sama ada kerajaan negeri telah menjual ataupun tidak tapak masjid dan sekolah tersebut. L "Senang saja (Lim) beritahu kata tapak masjid Bayan Mutiara kekal. Luasnya lima ekar… akan dibina bila. Akan diserahkan kepada MAIPP (Majlis Agama Islam Pulau Pinang), akan dikategorikan sebagai wakaf. Senang saja, tidak payah susah-susah. "Rakyat cuma nak tahu ada atau tidak… tapak masjid sudah hilang, belum. Kalau ada (tapa...