Unit Murtad VS Unit Selamat Akidah

Tindakan Hassan Ali menubuhkan Unit Selamat Akidah pasti akan membuat pimpinan haprak pakatan panas punggung. Ini jelas berlawanan dengan perjuangan IFC yang begitu kuat diperjuangkan oleh pakatan rakyat.
Teresa Kok,Eli Wong,Ronnie Liew,Kit Siang,Guan Eng malah Khalid Gereja musuh ketat sudah pasti akan memperlekehkan tindakan Hassan Ali.
Langkah yang diambil benar benar menongkah arus perjuangan dan intipati pakatan. Dan sudah pasti khawarij PAS Pusat tidak akan bersetuju kerana bakal berdepan dengan gereja evengelis yang kuat berdakwah kepada umat Islam . PAS Pusat amat khuatir tindakan ini akan mendapat tentangan daripada DAP memandangkan sehingga hari ini khawarij masih tidak menyuarakan pendirian mereka didalam isu GDMU.
Dah banyak kali Hassan Ali buat hal, kali ni mesti khawarij PAS Pusat terpaksa masuk mengadap DAP beri penjelasan kononnya tindakan Hassan Ali bukan pendirian khawarij PAS Pusat.Gejala murtad: Hasan tubuh Unit Selamat Aqidah
SHAH ALAM 26 Ogos - Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali hari ini mengumumkan penubuhan Unit Selamat Aqidah bagi menangani gejala murtad di negeri ini.
Menurut beliau, unit tersebut merupakan antara usaha yang dilakukan oleh pejabatnya untuk membasmi gejala tersebut yang dilihat banyak berpunca daripada kesempitan hidup.
Ini kerana katanya, orang Islam yang dihimpit kesusahan dan kesempitan hidup didapati terdedah kepada risiko menggadaikan akidah mereka demi menyambung kehidupan yang lebih baik bersama ahli keluarga mereka.
"Pejabat ini (Exco) memandang serius mengenai perkara tersebut dan penubuhan Unit S! elamat A qidah bertujuan menjadi pusat khidmat menerima aduan dan permohonan untuk mendapatkan apa jua bentuk bantuan bagi mengurangkan tekanan kehidupan yang mereka alami.
''Unit ini akan bekerjasama rapat dengan Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan badan-badan sukarela yang juga prihatin dengan permasalahan ini. Pada masa sama, LZS akan menamakan kakitangan yang dikhususkan untuk memproses permohonan yang diterima.
''Sekiranya permohonan-permohonan tersebut menepati syarat dan peraturan yang dikenakan, bantuan segera yang sewajarnya akan dikeluarkan kepada mereka yang memerlukan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Hasan berkata, pihaknya berharap orang Islam yang selama ini menerima atau bercadang mendapatkan bantuan daripada gereja atau pertubuhan Kristian tampil ke pejabatnya bagi diambil butir-butir diri untuk diproses agar bantuan yang diperlukan dapat disalurkan segera.
Beliau berharap, penubuhan unit itu akan membantu mengurangkan beban kehidupan saudara-saudara Islam dan mengelak terjebak dalam perangkap untuk memurtadkan mereka.
Mereka yang ingin mendapatkan khidmat Unit Selamat Aqidah boleh menghubungi nombor 03-5544 7104 / 7105 atau Wildanul-Syukri di talian 012-952 5247, Al-Hafiz Abdul Wahab (013-295 0149) dan Nadzril Beedin (012-334 4543).-Utusan
Pisau kata " ingat murtad,ingat khawarij"

Comments