SHEB Sumbang 145 Kanopi Kepada Seluruh Tanah Perkuburan Di Lembah Kelang

Oleh S.A Najmuddin

KUALA LUMPUR, 26 Ogos - Demi memastikan keselesaan orang ramai untuk menziarahi tanah perkuburan, Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) Pemuda UMNO mengambil inisiatif menyumbangkang 145 kanopi berukuran 10 x 10 kepada seluruh tanah perkuburan di sekitar Lembah Kelang.

Pengerusinya, Tengku Azman Tengku Zainal Abidin berkata setiap tanah perkuburan di bandaraya ini akan menerima tiga buah kanopi untuk kegunaan orang ramai.

Jelasnya sumbangan ini telah diserahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom di pejabatnya di Putrajaya baru-baru ini.

Kita berharap dengan sumbangan ini akan memberi keselesaan kepada orang ramai yang datang untuk menziarah tanah perkuburan di sekitar Lembah Kelang, katanya.

Beliau berkata sumbangan seumpama ini akan diperluaskan di bandar-bandar lain di negara ini pada masa akan datang.


Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

AISKRIM CAP SAMSIDA! MARI LIHAT FOTO MAHASISWA BEROMEN DI DATARAN!

Keffiyah Yahudi ~ Usaha puak Zionis Israel untuk menyaingi Keffiyah Arafat

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??