Mufti Perak - Jangan Takbir. Ini Bukan Raya
Dalil-dalil Yang Digunakan Oleh Para Pendukung PAS Untuk Mensunnahkan Takbir Dalam Ceramah-ceramah agama dan Politik
oleh Abu Numair Nawawi B. Subandi
Dalil-dalil tentang bertakbir yang dikemukakan (oleh para pendukung PAS) tersebut perlu diteliti semula baik-baik bagi melihat kaedah praktiknya yg betul. Supaya jangan hanya tahu bertakbir, tapi tak ketentuan hala kaedahnya.
Di antara dalil yang mereka gunakan adalah sebagaimana berikut:
Daripada Abu Hurairah radhiyallahu anhu (beliau menceritakan) bahawa seorang lelaki berkata:
Ya Rasulullah, sesungguhnya aku ingin melakukan perjalanan (safar), maka berilah aku wasiat (pesanan). Beliau berkata, Hendaklah engkau bertaqwa kepada Allah, dan bertakbir di atas setiap tempat yang tinggi. Kemudian ketika orang tersebut telah berpaling, beliau mengatakan, Ya Allah, dekatkanlah jarak bumi, dan ringankanlah perjalanannya.. (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, 11/336, no. 3367. Kata at-Tirmidzi, hadis ini hasan. Begitu juga al-Albani dan Syuaib al-Arnauth)
Memang sahih disunnahkan agar bertakbir apabila mendaki suatu tempat yang tinggi ketika dalam satu-satu misi perjalanan (safar).
Berkata Jabir B. Abdillah radhiyallahu anhuma:
Jika kami mendaki, maka kami bertakbir, dan jika kami turun, maka kami bertasbih. (Hadis Riwayat al-Bukhari, 10/171, no. 2771)
Kemudian hadis berikutnya ini lebih menjelaskan lagi tentang tatacara takbir tersebut. Sama ada dengan suara lantang, atau perlahan.
(Dalam satu ekspedisi Jihad) Berkata Abu Musa al-Asyari radhiyallahu anhu:
Kami bersama-sama Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam, sekiranya kami mendaki suatu lembah (tempat tinggi), maka kami bertahlil dan be! rtakbir dengan suara yang lantang. Melihat perkara tersebut, Nabi Shallallahu alaihi wa Sallam pun berkata:
Wahai manusia, berlemah-lembutlah terhadap diri kamu, kerana kamu tidaklah menyeru Dzat yang pekak dan jauh. Sesungguhnya Dia berada bersama kamu. Sesungguhnya Dia Maha Menengar lagi sangat dekat. (Hadis Riwayat al-Bukhari, 10/169, Kitab al-Jihad, no. 2770)
Imam an-Nawawi rahimahullah membuat bab dalam al-Adzkar dengan judul, "Larangan berlebih-lebihan dalam mengeraskan suara Takbir dan seumpamanya."
Kemudian dalam Syarah Shahih Muslim pun beliau ada bawakan (ulas) hadis yang sama. Beliau turut menekankan hal yang sama, iaitu larangan bertakbir dengan suara lantang.
Maka, kesimpulannya hadis yang digunakan oleh para pendukung PAS ni tak kena tempat. Sebab hadis-hadis ini menunjukkan sunnah bertakbir ketika naik atau mendaki bukit. Bukan ketika dalam ceramah atau majlis ilmu.
Dan itupun hendaklah dengan suara yang perlahan, bukan dengan suara lantang dan kuat-kuat.
Malah hadis yang sama turut menjelaskan sunnah ketika turun bukit dengan bertasbih pula. Jadi, adakah boleh menggunakan dalil tersebut utk mensunnahkan melaungkan tasbih dalam majlis ilmu atau ceramah?
Wallahu alam.. jelaslah, ini satu bentuk perbuatan yang menyimpang dalam meletakkan sesuatu hadis pada tempatnya. Iaitu salah faham dalam memahami dan mempraktikkan hadis.
Nota:
Saya agak musykil bila mereka (pendukung PAS) menterjemahkan perkataan sebagai gembira.
Lebih musykil, ia cepat-cepat disambut oleh para pendukung yang lain dengan takbir (seolah-olah memperli orang yang menegur kesalahan PAS dalam bertakbir tadinya). Sedangkan terjemahan pun tak tepat! Mcm mana nk keluarkan atau tsabitkan hukum?!
Lebih mendukacitakan, ustaz-ustaz di hadapan pun mendiamkannya. Lebih-lebih lagi ustaz PAS yang secara membuta-tuli dan siap memperli sinis memb! ela pula para pendukungnya tersebut!
Subhanallah... Hati-hatilah dari beramal di atas kejahilan dan kebutaan. Semoga Allah Subhanahu wa Taala sentiasa memberikan petunjuk kepada kita.
Wallahu a'lam...
sumber:AbuAqif
Pisau kata "kat penang,takbir raya pun depa complain sampai report polis"
Comments