Selamat Hari Raya, Dari MyKMU Untuk Mu

Penulis nak ambil kesempatan ini mewakili rakan-rakan seperjuangan dalam MyKMU untuk menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin kepada semua pembaca dan pengunjung laman ini.

Pada penulis sendiri, Hari Raya adalah lebih dari sekadar menyambut kemenangan melawan nafsu sepanjang bulan Ramadhan. Sebagai seorang yang terlibat dalam psywar politik di alam maya ini, dari sudut inipun penulis telah mencapai kemenangan yang satu lagi.

Benar kata penulis di awal Ramadhan dulu, kesucian bulan Ramadhan tidak langsung menghalang pemimpin PR dan balacinya dari terus menerus menyebarkan fitnah dan propaganda bohong kepada rakyat negara ini. Alhamdulillah, semua ini sudah berjaya dipatahkan oleh blogger-blogger pro kerajaan dengan baik sekali.

Hari raya kali ini walaupun merupakan satu kemenangan kepada umat Islam di seluruh dunia, tapi ia juga merupakan satu kemenangan yang agak pahit kepada penulis. Mana tidaknya, dikala umat Islam di Malaysia bergembira menyambut kemenangan itu, kita berkongsi kegembiraan tersebut dengan penyokong komunis yang turut sama berada dikalangan kita.

Komunis tidak percaya kepada agama tapi komunis yang berada di Malaysia bukan setakat mengaku beragama Islam, malah berpakaian selayaknya seperti orang Islam. Kalau tak sebab rakaman video ceramahnya di Tasek Gelugor yang jelas menunjukkan dia penyokong komunis, siapa pun tak tahu fahaman sebenar yang didukungnya.

Malam ini bermulalah takbir kita, besok beramai-ramai kita bersolat sunat Hari Raya. Semua ini dapat kita kecapi kerana kera! jaan kit a mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, malah kepelbagaian agama yang lain juga walaupun perlembagaan jelas melarang agama selain Islam dikembangkan dikalangan orang Islam.

Kalau negara ini diperintah komunis yang menjadi idola Mat Sabu, semua iniakan menjadisuatu perkara yang asing kepada kita.

Justeru dalam kita bergembira, ingatlah akan puak-puak ini yang menunggu masa untuk memesongkan kita kepada komunisme yang disanjungnya seperti wira itu.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin


Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Scandal: Alyssa The Scandal Queen

Thank you, 2012