Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-54
Besok kita akan menyambut hari kemerdekaan yang ke 54. Sejak merdeka kita diperintah UMNO/BN (nama lama Perikatan) dan kita hidup aman sejahtera sesama kita tanpa ada apa masalah melainkan pada 1969. Apa yang berlaku pada 1969 adalah proses permatangan sebuah negara yang baru mencapai kemerdekaan pada 1957 dan yang penting kita dapat pelajaran yang berguna dan tidak mengulanginya semula di masa hadapan.
Sepanjang 54 tahun sudah banyak perubahan yang dibawa UMNO/BN ke atas negara kita. Ada banyak negara yang lebih dahulu atau sama-sama merdeka macam kita pun masih tidak mencapai tahap seperti mana kita sekarang.
Memerintah sebuah negara bukannya mudah, menguruskan ekonomi negara bukan setakat bercakap peratus-peratus tertentu, malah lebih dari itu juga. Wang bukan boleh dicetak sesuka hati atau nilai menyusut dan inflasi meningkat, menguruskan perbelanjaan pertahanan, pembangunan dan macam-macam, semuanya memerlukan kebijakan kepimpinan.
Memerintah sebuah negara tidak sama seperti memerintah negeri, sikit-sikit ada masalah boleh tujukan ke kerajaan pusat. Sikit-sikit ada masalah, mintak duit dengan kerajaan pusat. Menjadi kerajaan pusat bermaksud menanggung semua beban.
Dan percayalah, UMNO/BN berjaya menguruskan itu dengan begitu baik sekali. Sudah begitu baik sistem yang diserapkan, buat apa kita nak mengubahnya lagi? Penulis tidak nampak keperluan untuk mengubah kerajaan yang sedia ada sekarang kerana keadaankacau bilau, peperangan saudara, kebuluran dan sebagainyayang berlaku di negara-negara lain serata dunia yang kita lihat hari ini tidak berlaku di negara kita.
Hasil kerja keras kerajaan hari ini jugalah, keganasan komunis yang menganggu kehidupan rakyat satu ketika dulu dapat dibenteras. Benar komunis meletak senjata bukan menyerah kalah tapi yang pen! ting tid ak ada lagi kawasan hitam, tidak ada lagi kg baru yang berpagar kawat duri, tidak ada lagi perintah berkurung. Rakyat bebas kemana saja yang mereka mahu tanpa ada kerisauan ditembak komunis.
Walaupun hari ini ada pihak dari Pakatan dan PAS yang mahu menghidupkan kembali komunisme dengan meletak individu tertentu sebagai ikon kemerdekaan, kita yakin itu hanya akan mengundang bencana kepada mereka sendiri. Ucapan seorang di Pulau Pinang akan memadam kelebihan sedikit yang ada oleh bakal calon pilihanraya mereka diseluruh negara.
Kita mungkin tidak sekaya dan sekuat Amerika Syarikat tapi sekurang-kurangnya rakyat negara kita tidak menjadi sasaran pengganas di beberapa negara. Rakyat kita bebas untuk melancung kemana saja (melainkan Israel) tanpa ada rasa takut menjadi sasaran culik kerana menjadi rakyat Malaysia seperti mana rakyat Amerika hari ini.
Dalam konteks Asia Tenggara, pertahanan kita mungkin tidak sekuat dan secanggih Singapura tapi kerajaan dan rakyat negara kita boleh tidur lena tanpa terlalu memikirkan serta berbelanja besar dalam hal keselamatan kerana takut jiran kita akan menyerang kita pada bila-bila masa.
Mana mungkin kita menjadi negara yang sempurna serba-serbi, lagipun mana ada yang sempurna pun didunia ini melainkan apa yang dicipta oleh Allah swt sahaja. Yang penting kerajaan UMNO/BN telah melaksanakan apa yang terbaik untuk negara ini dan rakyatnya. Kalau ada yang janji serba sempurna itu (macam Pakatan), elok kita ludahkan saja sebab dinegeri dimana mereka perintah pun tidak ada apa yang luar biasa berkaitan kebajikan rakyat.
Akhir kata
Penulis bangga menjadi rakyat Malaysia dan penyokong UMNO/BN dalam masa yang sama. Menjadi rakyat negarayang hebat hasilkepimpinan yang hebat ibarat menang pingat emas dengan batu berlian terlekat ditengahnya, maksudnya kegembiraan berganda.
Kepada semua rakyat Malaysia, penulis ucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 54. Merdeka!!!!
Comments