PANAS : MAT SYABU...PEJUANG NEGARA SEBENAR??? MENDEDAHKAN SEJARAH SEBENAR...



Tindakan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang cuba membohongi masyarakat tentang sejarah Bukit Kepong membuktikan beliau seorang pemimpin yang 'tidak boleh pakai'.
Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Datuk Muhammad Abdul Ghani berkata, tindakan Mohamad yang menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan Keempat Parti Komunis Malaya (PKM) adalah hero sebenar dalam peristiwa itu dan bukannya anggota keselamatan serta ahli keluarga mereka adalah keterlaluan.

"Mat Sabu (Mohamad) masih lagi 'dijajah' ideologi komunis. Dia terlupa bahawa hero sebenar dalam tragedi tersebut adalah anggota keselamatan yang terbunuh mempertahankan negara kerana sayangkan keamanan dan tanah air.

"Agaknya, kalau tiada anggota keselamatan yang sanggup bertarung nyawa untuk mempertahankan negara daripada PKM, mungkin Malaysia kini dijajah oleh mereka," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Tambah Muhammad, Timbalan Presiden Pas itu seperti tidak bersyukur dengan keamanan yang dicapai negara hingga sanggup cuba memporak-perandakan perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini.

"Dia (Mohamad) tidak menghayati perjuangan dan pengorbanan yang dilakukan pejuang negara yang sanggup berjihad mempertahankan keamanan dan kemakmuran negara.

"Saya sangat kesal dan dukacita dengan tindakan pengkhianat bangsa seperti Mat Sabu. Dia harus menarik balik keny! ataan ya ng dikeluarkan sekali gus memohon maaf secara terbuka kepada semua waris mangsa yang terkorban dalam tragedi Bukit Kepong," katanya.

Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd. Ali Baharom pula mendesak supaya Mohamad tampil memberi penjelasan mengenai tujuan beliau mengeluarkan kenyataan biadab itu.

"Dia (Mohamad) harus bertanggungjawab atas apa yang telah dilakukan dan jangan cuba mengelak daripada memberi kenyataan maaf," katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Majlis Perundingan Melayu Malaysia (MPMM), Prof. Datuk Dr. Kamarudin Kachar meminta Mat Sabu berhenti menjadi 'robot' DAP dan terus menghina jasa bakti para pejuang yang telah memerdekakan negara.

"Jika komunis berjaya menawan negara, Pas tidak akan wujud kerana komunis tidak benarkan warga dalam tanah jajahannya menganuti sebarang agama dan Mat Sabu tidak akan dipilih sebagai Timbalan Presiden Pas.

"Jangan sekali-kali menukarkan sejarah negara kerana ia adalah warisan nenek moyang kita. Jika cuba menukarkannya ditakuti pertumpahan darah akan berlaku dan jika itu berlaku Pas bertanggungjawab," ujarnya.

Beliau yang juga bekas Komander Rejimen Askar Wataniah berkata, jika betul-betul hendak menunjukkan kehandalan dalam bidang sejarah negara, Mohamad disaran berdebat di hadapan 200,000 warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) termasuk yang berjuang dalam zaman komunis dan juga yang telah bersara.

Sementara itu di Alor Setar, Yang Dipertua Pertubuhan Perpaduan Melayu Kedah (Pemikad), Abdul Ghani Mehat menggesa polis menyiasat Timbalan Presiden Pas itu di bawah akta yang relevan kerana secara terang-terangan menganggap pengganas komunis hero sebenar t! ragedi B ukit Kepong.

Katanya, dakwaan Timbalan Presiden Pas itu seolah-olah menunjukkan beliau mengiktiraf tindakan komunis yang diketahui membawa kesengsaraan kepada rakyat.

"Polis perlu menyiasat sejauh mana penglibatan Mat Sabu dalam perkara ini. Kita tidak perlu mendesak manusia seperti ini memohon maaf berhubung kenyataan itu, tetapi mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan bukti," katanya. UM

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Scandal: Alyssa The Scandal Queen

Thank you, 2012