EKSKLUSIF : BUKTI DOKUMEN LIM GUAN ENG SELEWENG WANG RAKYAT...
Pendedahan EP kali ini pasti akan membuka mata dan minda rakyat Malaysia. Satu demi satu pembohongan dilakukan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang. Seperti biasa kaki belit ini akan menutup pembohongan dengan pembohongan yang lain. Kalau dah bangkai lama-lama pasti akan berbau juga. Itulah yang terjadi apabila EP berjaya menghidu satu maklumat yang sangat berharga untuk dikongsi bersama.
Sebelum kita menuju ke maklumat yang lebih panas mari imbas kembali rentetan peristiwa-peristiwa ini.
9 Julai 2011 Perhimpunan HARAM Bersih telah berlangsung. Macam-macam cerita yang kita dengar selepas kejadian tersebut. Anwar dengan sinetronnya, Guan Eng dengan wayang cinanya, Mat Sabu dengan sandiwaranya.
Seluruh Malaysia tahu yang Mat Sabu. cedera semasa mengikuti perhimpunan haram tersebut akibat terjatuh daripada motor yang diboncengnya
Guan Eng pulak tak habis-habis keluarkan kenyataan. Polis jahatlah.. Kerajaan tak adillah, kerajaan tak dengar suara rakyatlah. BN salah guna kuasalah. SPR pro kerajaanlah. Macam-macam tohmahan dilemparkan kepada pihak polis dan kerajaan sebelum dan selepas perhimpunan. Hakikatnya jangan kata nak sama-sama terkena air gatal, tunjuk muka pun tak berani!!! Apalah punya perangai pemimpin macam ni. Kaki propa!!!
Sedangkan rumah yang dah siap pun kadang-kadang pahat masih berbunyi, inikan pula rumah yang belum siap. Akibat kegagalan bersih, puak-puak pembangkang cuba menutup kelemahan mereka dengan tuduhan-tuduhan serta tohmahan terhadap kerajaan. Seperti biasa, lakonan mesti diteruskan. Anwar dengan peyokong lehernya, Mat Sabu dengan kerusi roda dan tongkatnya. Wahhh teruk betul kecederaan mereka ni. Mat Sabu di masukkan KPJ Selangor selepas! bersih. Siap kena operation akibat kecederaan lutut ish ish ish.. sanggup berjuang habis-habisan semata-mata untuk Bersih. Kesian.
Ingatkan cerita tersebut hanya berhenti di situ saja, RUPA-RUPANYA kisah disebaliknya lebih menarik
Reimbursement for the Expenses Incurred for Medical Expenses of PBAHB Board of Director, Tuan Haji Mohamad Bin Sabu
Apabila kita membaca sekali imbas, tiada yang pelik dengan memorandum yang dikeluarkan oleh Corporate Affairs Manager PBA ini. Namun apabila diteliti, maklumat di dalamnya bukan hanya pelik tapi pasti akan menimbulkan tanda tanya bagi siapa pun yang membacanya.
Pertama
PBAHB Board of Director, Y.B Tuan Haji Mohamad Bin Sabu met with an accident and admitted to the KPJ Selangor Specialist Hospital on 18th July 2011.Total expenses: RM 8434.05
Sebagai Pengerusi PBAPP, Lim Guan Eng accountable dengan persoalan ini. Bagaimana perkara ini boleh berlaku? Adakah Guan Eng menguruskan PBAPP seolah-olah ianya adalah harta mak ayahnya?
Apa yang EP paparkan mungkin hanya Tip of an Iceberg. Cuba bayangkan berapa banyak wang rakyat yang mungkin telah dibelanjakan oleh Guan Eng untuk kepentingan politiknya.
Mungkin lebih banyak lagi penyelewengan dan salah guna kuasa yang telah dilakukan Guan Eng sejak beliau mentadbir PBAPP dan kerajaan negeri Pulau Pinang.
< br>
Ibarat meludah ke langit.. air liur itu pasti kan jatuh ke mukanya juga. Guan Eng memang cekap dalam hal tuduh menuduh.. dalam hal menyalahkan orang lain dalam memutarbelitkan fakta
Kita tunggu sajalah komen yang bakal dikeluarkan oleh Guan Eng. Yang pasti pembohongan akan dijawab dengan pembohongan juga.
**JAWAB JANGAN TAK JAWAB..
Untuk dokumen penting iaitu Bil Mat Sabu di KPJ Selangor KLIK SINI : BLOG MIM



Comments