BUKIT KEPONG : MAT SABU SOKONG KOMUNIS YANG BUNUH POLIS !
baca pada kenyataan di bawah. mat sabu kata komunis yang bunuh polis dan keluarga mereka dalam tragedi bukit kepong dianggap HERO.
inilah pas.
inilah wajah sebenar pas.
inilah wajah sebenar timbalan presiden pas.
moga seluruh anggota polis,bekas polis dan keluarga mereka sudah membuat keputusan untuk tidak lagi memangkah parti pas.
mat sabu..makin lama makin banyak peluru anda bagi kepada blogers.. terima kasih.
timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mencetuskan kontroversi baru apabila menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar.
Menurutnya, Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.
Dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang 21 Ogos lalu, Mohamad turut mendakwa Dato' Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana tokoh tersebut adalah pegawai British.
Beliau juga berikrar untuk mengubah semula sejarah kemerdekaan negara jika pembangkang berjaya merampas Putrajaya kerana dakwanya, sejarah yang tertulis pada hari ini tidak memaparkan fak! ta seben ar selain hanya memihak kepada UMNO.
"Dekat nak merdeka nanti, siarlah cerita mengenai Bukit Kepong. Bukit Kepong ini, polis yang mati itu polis British. Hat (yang) serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan yang sebenar, yang serang Bukit Kepong itu Mat Indra (Muhammad Indera). Dia Melayu tapi semua sejarah itu ditutup.
Comments