Tawaran Bertamadun Pemuda UMNO Dibalas Cacian ‘Anjing‘ – Khairun

Oleh Tg. Azman Abas

KUALA LUMPUR, 29 Mei – "Kita utus surat cabaran debat dengan cara terhormat bagi memberi ruang kepada Hiu Woong Sin, individu yang membuat kecoh di program santai Sepetang Rakyat Malaysia di United Kingdom Bersama Datuk Seri Najib Tun Razak yang berlansung di O2 Arena London baru-baru ini dengan anggapan beliau tidak ada platform untuk nyatakan sebarang pandangan dan sebagainya.

"Namun lain pula halnya dan amat mengecewakan kita kerana yang kita terima adalah cacian dan perkataan yang tidak sepatutnya dilontarkan menerusi laman facebook beliau. Beliau sanggup gelarkan kita sebagai 'anjing' dan ini boleh diibaratkan sebagai orang yang berkokok di luar gelanggang, tiba ditengah menyelusup di bawah kelangkang," kata Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Mohd Khairun Aseh.

Menurut beliau lagi yang menghairankan, Hiu Woong Sin di dalam laman facebooknya menyatakan kesediaan untuk berdebat tetapi bertentangan dan tidak selari dengan apa yang diyatakan itu.

"Beliau telah nyatakan dalam posting beliau menerusi facebook yang mana sedia untuk berdebat tetapi bertentangan dengan apa yang dinyatakan menerusi surat terbuka kepada portal malaysiakini. Saya hargai surat tersebut yang mesejnya  pendek iaitu  tidak sanggup terima pelawaan kami untuk debat.

"Saya hormat sahutan beliau itu. Cumanya diingatkan kebebasan bersuara ada had dan batasan. Kebebasan bersuara bukanlah sehingga kita boleh ganggu dan cerca pemimpin malahan jangan terlalu fanatik kebebasan bersuara hingga menidakkan hak orang lain," katanya.

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pada minggu lalu mencabar Hiu Woong Sin, individu yang membuat kecoh di program santai Sepetang Rakyat Malaysia di United Kingdom Bersama Datuk Seri Najib Tun Razak yang berlansung di O2 Arena London baru-baru ini, untuk berdebat dengan wakil Pemuda UMNO secara terbuka di London bagi memperbahaskan tentang isu perhimpunan Bersih yang beliau timbulkan secara tidak beradap dalam majlis tersebut.

Khairun seterusnya menambah terpulang kepada rakyat untuk membuat penialan dan pertimbangan sewajarnya.

"Tawaran kita bertamadun….Kita beranggapan beliau mungkin tidak ada ruang dan sebagainya. Namun rupa-rupanya 'tuan tidak seperti raja pahlawan'. Oleh itu, saya menyerah kepada rakyat untuk membuat penilaian terhadap beliau," katanya.

Dengan ucapan selamat maju jaya kepada Hiu Woong Sin, Khairun seterusnya menambah pergerakan itu menerima ketidaksanggupannya untuk menyahut tawaran bertamadun itu, dan Hiu  boleh dikategorikan sebagai 'jiwa lemah'. MediaUMNO

 

Read More @ Source



More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Scandal: Alyssa The Scandal Queen

Jho Low's Girlfriend Paris Hilton drunk and flashing panties ...