PAS, DAP Tikam Belakang Anwar

May 31, 2012   ·   0 Comments

celako

Nampaknya isu siapa bakal memegang jawatan Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raya umum ke 13 nanti masih menjadi polemik hangat di kalangan pemimpin mereka.

Satu perkara yang jelas timbul daripada perdebatan siapa PM Pakatan Rakyat ialah Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim tidak lagi menjadi pilihan eksklusif PAS dan DAP.

Ini berdasarkan kepada kenyataan Pengerusi Kebangsaan DAP bahawa beliau akan berjuang untuk impian Malaysia mempunyai PM daripada kalangan bukan Melayu akan menjadi realiti pada suatu hari nanti.

Maksud beliau, DAP, dengan bantuan sekutu rapatnya, PAS, sudah berkeyakinan untuk merampas Putrajaya, walaupun tanpa sokongan PKR.

Ini kerana DAP melihat PKR sebagai sebuah parti pembangkang yang penuh dengan masalah dalaman terutamanya yang membabitkan peribadi dan moral Anwar.

Oleh sebab itu Karpal pernah mendakwa masalah terbesar dalam Pakatan Rakyat ialah Anwar lalu memintanya meninggalkan perkongsian tiga serangkai itu serta bertaubat.

Untuk menyemarakkan api perselisihan antara PKR-DAP, Mursyidul PAS, Nik Aziz Nik Mat pula menyokong pendirian Karpal dengan menyatakan cadangan beliau boleh dilaksanakan asalkan calon PM beragama Islam, tidak kira apa bangsa sekali pun.

Dalam polemik PM yang berlaku sekarang, Anwar tidak berani berkata sepatah pun, malah terus membisu dan bersikap seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.

Kononnya untuk menjaga keharmonian dan keutuhan perpaduan, Anwar tidak mahu memberi sebarang komen, namun hakikatnya beliau kini tidak lagi dianggap pemimpin besar Pakatan Rakyat tetapi lebih kepada bangkai hidup yang terpaksa digalas oleh PAS dan DAP.

Anwar tahu PAS dan DAP telah memainkannya dan menikamnya dari belakang, bukan sekali tetapi beberapa kali.

Perasaan saling tidak mempercayai di antara PKR-PAS-DAP diketahui umum.

Anwar dikatakan telah menyatakan secara peribadi kepada beberapa pemimpin PKR yang rapat dengannya, betapa beliau tidak mempercayai DAP dan merasa sangsi terhadap PAS yang gila kuasa.

PAS dan DAP pula tidak mempercayai Anwar dan tidak menganggap bekas Timbalan Perdana Menteri itu individu paling sesuai menjadi PM.

Bagi Karpal dan Nik Aziz, PKR adalah parti yang membawa paling banyak masalah kepada mereka.

Sebagai parti carca marba dan paling kecil dari segi jumlah kerusi dalam parlimen (setelah lima ahli parlimennya melompat jadi anggota bebas), PKR pula mempunyai nafsu paling besar untuk menerajui Pakatan Rakyat dan seterusnya membolot jawatan PM dengan mengenepikan PAS dan DAP..… Selanjutnya baca disini ..

http://www.jomtibai.com/?p=226

By


Read More @ Source



More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Scandal: Alyssa The Scandal Queen

Jho Low's Girlfriend Paris Hilton drunk and flashing panties ...