PANAS :KALAU SETAKAT BANGKANG KONSERT BUKANNYA TALIBAN...TAPI PONDAN....

Dr Mohd Asri Zainul Abidin silap besar kerana mengaitkan Pemuda PAS dengan Taliban gara-gara tidak setuju mereka membantah konsert Elton John yang nak diadakan di Genting Highland pada 22 November ini.
Saya mengikuti polimek ini sejak dari awal Pemuda PAS bersuara tidak mahu konsert itu diadakan di negara ini.
Kalau rajin selak balik sejarah kita akan dapati ia sudah semacam satu rutin bagi pergerakan itu membantah konsert artis barat diadakan di negara ini.
Elton John boleh dikira seorang penghibur yang tertib diatas pentas tidak melalak gila-gila macam kumpulan penyanyi rock black metal dan sebagainya.
Dosa Elton John ialah beliau seorang yang confirm gay dan mendirikan rumah tangga dengan rakan homeseksualnya David Furnish pada 21 Disember 2005.
Saya tidak berhajat nak berdebat dengan Pemuda PAS bab sifat gay Elton John.Ini kerana ia memang bertentangan dari sudut Islam dan budaya hidup rakyat negara ini.
Kita juga tidak boleh salahkan Pemuda PAS jika merasa bimbang pada bab gay Elton John boleh cetus pengaruh kurang sihat pada rakyat negara ini.
Saya kata Dr Asri silap kaitkan Pemuda PAS macam Taliban dalam bab ini kerana saya rasa mereka lebih sesuai disebut tikus mondok saja.
Ini kerana Taliban garang.Apa yang dirasanya tak betul dibelasahnya.
Ikut pandangan sayalah,Pemuda PAS ini lain sikit.Ia main pilih pilih.Senang cakap kuman di sebarang laut nampak tapi gajah lalu lalang depan mata tak nampak.
Siapa lagi kalau bukan tokoh besar mereka yang mendapat gelaran Anugerah Tuhan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Saya tidak mahu menyentuh kes liwat Saiful Bukhari Azlan yang sedang dibicara di mahkamah.Itu sama-sama kita tunggu keputusan hakim nanti.
Soalnya bagaimana tentang kes video seks yang didedahkan oleh trio Datuk T?
Juga tentang rakaman perbualan berahi antara Timbalan Presiden PAS Mat Sabu dengan Normah.
Pemuda PAS pun tahu rakyat Malaysia umumnya masih tertunggu-tunggu jawapan pasti pada dua pendedahan ini.
Bagi saya kalau nak melalak tentang Elton John saja atau konsert-konsert lain...itu bukan Taliban namanya.
Kalau Taliban ia tidak wajar kecut dalam menuntut kebenaran dan bukan macam sekarang diam membisu sejuk beku tidak berani sentuh langsunghal besar yang melibatkan moral dua pimpinan besarnya sendiri.
Cuba tanya setiap anggota Pemuda PAS apakah mereka ikhlas setuju dan boleh terima kenyataan Haji Hadi yang kata video itu besi dan tidak boleh jadi bukti.
Kita ada video aksi seks yang sudah disahkan pakar 99.9 peratus tulin dan kita juga sudah lihat video CCTV aktornya naik turun lif apartmen lokasi dimana didakwa aksi itu berlaku.
Saya sendiri mempunyai rakan-rakan di kalangan anggota Pemuda PAS .Bila ditanya bab itu ada yang tersenyum malu-malu nak cakap banyak.Maklum sajalah bos atas dah cakap begitu.
Rasanya reaksiitu sudah cukup untuk agak-agak pandangan mereka tentang bab video besi.
Jadi bagi saya Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan tidak payahlah nak bercakap bergegar membelah bumi bagaimana mereka menentang kemungkaran.
Ini bab dakwaan moral rumahtangga sendiri pun boleh beres.
Kalaulah betul bagai didakwa apalah sangat Elton John yang jengah sekali ke negara ini berbanding hari-hari kita semua kena berdepan dengan dua orang 'aktor' sensasi yang dok berceramah sana sini macam pijak semut tak mati.
Soalnya beranikah Pemuda PAS mendesak diadakan siasataan terperinci bagi membersihkan nama dua tokoh besar mereka itu.
Kita tidak fikir Nasrudin ada darah Taliban bukan saja untuk bersuara tetapi bersungut.
Berani setakat minta haram konsert tu tikus mondok mana pun anytime sanggup ke depan.
Itu pun belum dengar lagi bisikan Pemuda DAP atau PKR yang berani backing Pemuda PAS sekat Elton John ke sini. AgendaDaily

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Jho Low's Girlfriend Paris Hilton drunk and flashing panties ...

Scandal: Alyssa The Scandal Queen