Ancaman pengaruh liberalis agama meracuni minda umat Islam Malaysia.

Abraj Al-Janadiriyya,
Makkah al Mukarramah,
Saudi Arabia.
3hb Zulhijjah 1432 Hijrah / Isnin 31hb Oktober 2011.


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Ya Ikhwanul Muslimun na wal Muslimat, ummati Rasulullahi Sallalahu Alaihi Wassallam.
Saya ingin melahirkan kekhuatiran saya terhadap ancaman pengaruh dari golongan yang menampilkan diri sebagai ahli akademia dan pakar hal ehwal agama serta perundangan tetapi sejak kebelakangan ini menjadi punca pelbagai macam polemik dikalangan warganegara kita.


Golongan ini merancang untuk berkuasa dan berkedudukan tinggi didalam susun atur pentadbiran negara kita Malaysia ini tampil kemuka dengan bertopeng keadilan dan pejuang nilai-nilai kemanusiaan sejagat walhal mereka sebenarnya menjadi musuh ummah didalam ertikata sebenarnya.


Golongan yang menampilkan diri dengan wajah pemikir Islami dan kononnya memperjuangkan keadilan kemanusiaan sejagat ini sanggup menyalahgunakan peluang yang disediakan pemerintah kepada mereka untuk mempertingkatkan pencapaian diri didalam akademik, beralih arah dan menjadi penyemai fikrah liberalism didalam minda anak2 muda dan orang2 dewasa yang kurang mantap asas akidah Islam dan pemahaman mereka tentang pelbagai bentuk gerakan assimilasi doktrin orientalis dan konsep konsep sosialisma dan liberalisasi didalam 'beragama'.
~ Prof Madya Dr Asri disokong Sisters in 'Islam' ~Cara gerak kerja mereka ini amat licik de! ngan ber selindung disebalik terma terma begitu begini yang berbunyi Islami tetapi hakikatnya lebih condong kepada menyemai bibit bibit liberalisma dikalangan golongan pelapis dan bakal peneraju arah tuju kehidupan masyarakat tanahair kita.


Golongan ini mudah melabelkan gerakan Islam setanahair sebagai kolot dan ketinggalan zaman. Mereka mudah saja menidakkan usaha pergerakan Islam tanahair sebagai pengampu kerajaan dan penjilat pemerintah. Walhal mereka yang menuduh ini tidak kurang pula dari segi mencari ruang dan peluang untuk membina kedudukan siyasah mereka sendiri dikalangan pakatan pembangkang.


Selaku seorang pemantau arus kehidupan masyarakat kita dan penulis blog serta aktivis agama Islam, saya boleh membaca dengan jelas akan siapakah mereka ini dan siapa pula yang mendokong usaha mereka dengan berpandukan kepada portal-portal media siber dan cetak yang memberikan musuh musuh ummah ini pentas untuk mereka menyebarluas pengaruh beracun mereka?


Saya belum mahu menamakan siapa kah golongan ini secara terbuka sekarang kerana adat resam warisan warga tanahair ini mengutamakan konsep sindir dalam pesan.


Gunakan daya mentelaah tuan puan untuk memastikan siapa dia mereka yang saya maksudkan ini melalui kaedah melihat pada siapa pemuka berlabelkan pemuka Islam yang sering menimbulkan kontroversi dengan kenyataan kenyataan luarbiasa sejak kebelakangan ini?


Barangsiapa diantara golongan 'pendakwah' yang nampak sangat lain cara 'pendekatan' ia kepada cara mentafsirkan suruhan dan larangan agama harus di pantau dan diperhatikan selalu oleh pihak berwajib kerana ada kemungkinan ia membawa unsur unsur khurafat dan bidaah dikalangan ummah!


Bukan apa. Takut berulang kes musang berbulu ayam. Habis ayam sereban kena ngap. Bukan berburuk sangka ke apa? Cuma berwaspada agar tidak kena bagai 'Harapkan pagar! ; pagar mentekedarahkan padi!'


Tak semua yang nampak alim tu zalim tetapi beringat sebelum kena dan berjimat sebelum habis tu bukan pesan pesan kosong orang orang tua kita dulu dulu.


Sejak kebelakangan ini banyak benar yang kencingkan kita terutama bila kita dok mengharap harapkan sangat bimbingan mereka ini. Akhirnya menggertap bibir, mengancingkan gigi menahan amarah dikhianati golongan yang bertopengkan agama ini.


Bukanlah pula berkata bahawa yang lain tu sesempurna tara mana? Cumanya bila yang nampak alim ni menganiaya kita, sakitnya jauh lebih terasa. Ini yang saya cuba mengingatkan pada tuan puan agar berhati hati menerima tunjuk ajar dan pandangan serta pendapat golongan yang menjaja ayat ayat Al Quran dan huraian tafsiran hadis Nabi serta ijma' ulamak.


Tidak rugi kita untuk berwaspada. Biar sesal dahulu dari menyesal kemudian.


Tak gitu?

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Jho Low's Girlfriend Paris Hilton drunk and flashing panties ...

Scandal: Alyssa The Scandal Queen