KENAPA ANWAR SINIKAL DENGAN KENYATAAN TUN M??

Apabila Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju dengan kenyataan Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor yang mengatakan gelombang Hak Asasi menjadi flatform perjuangan politik pihak tertentu masa kini, Datuk Seri Anwar Ibrahim kelihatan begitu sinikal dengan kenyataan tersebut.

Rencana dari laman Malaysia Chronicle yang menyindir Dr Mahathir dengan segera dipaparkan di laman peribadinya yang memberi maksud beliau lebih bersetuju dengan kenyataan Melissa Lee dari portal baru pro-pembangkang itu.

Rencana bertajuk "Dr M reveals his dark side: Only limited human rights needed in M'sia" memetik kata-kata dari Naib Presiden PKR, N Surendran yang mendakwa semasa pemerintahan Dr Mahathir, rakyat tidak diberi kebebasan asas sepenuhnya.

Semalam, Dr Mahathir bersetuju sebahagiannya dengan pendapat bekas Ketua Polis Negara berkenaan ancaman baru gelombang hak asasi tersebut.

"Separuh daripada apa yang Abdul Rahim kata adalah benar ia digunakan untuk tujuan politik bukan untuk tujuan nak selamatkan orang.

"Ini adalah yang ditakuti oleh Rahim Noor, tetapi umumnya kita mendokokng hak asasi tetapi setakat kita mampulah," katanya kepada pemberita selepas Simposium Usahawan PUNB (Perbadanan Usahawan Nasional Berhad), di Hotel Istana, Kuala Lumpur.

Katanya masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan mengamalkan nilai-nilai agama yang konservatif tidak dapat menerima pengalaman hak asasi manusia sepenuhnya sepertimana yang diamalkan di Barat, misalnya penerimaan perkahwinan sejenis.

"Jika kita ikut Barat, yang mengamalkan hak asasi manusia melampau seperti membolehkan lelaki berkahwin dengan lelaki dan wanita berkah! win deng an wanita, (maka ini) harus ditolak terus," katanya.

Rahim Noor, semasa merasmikan Persidangan Agung Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia kali kedua di Dewan Centrum, Taman Setiawangsa, 26 Oktober menyeru rakyat Malaysia agar berhati-hati dengan trend terkini gelombang politik baru yang bertopengkan hak asasi manusia untuk meruntuhkan dan menghakis dasar-dasar negara yang sebelum ini dipersetujui bersama.

Tanpa menyebut secara spesifik dalang dan parti politik yang memperjuangkan gagasan itu, Rahim berkata kelompok tersebut menjadi slogan hak asasi manusia sebagai 'agama baru' untuk melahirkan masyarakat sivil yang berpandangan liberal dan menolak sistem yang sedia ada termasuk institusi raja-raja.

Katanya, kumpulan tersebut menjadi Amerika Syarikat dan United Kingdom sebagai kiblat baru perjuangan mereka.

Penggerak gelombang itu, katanya akan berusaha mempersoalkan dasar-dasar yang telah diterima oleh masyarakat majmuk di Malaysia sejak dari sebelum merdeka seperti kontrak sosial dan prinsip jus soli dan membina sistem baru yang berasaskan sama rata. AIDC
Sent from my BlackBerry wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Jho Low's Girlfriend Paris Hilton drunk and flashing panties ...

Scandal: Alyssa The Scandal Queen