Perlekeh al-Quran : Ilmuwan Agama Pas Tolonglah Beri Nasihat


Oleh Yus Iskandar KUALA TERENGGANU, 29 Nov – Tokoh dan bijak pandai agama di dalam parti pembangkang khususnya ulama-ulama yang dicanang oleh penyokong Pas disaran menasihati kepimpinan di kalangan parti itu agar belajar menghormati ayat-ayat suci al-Quran dan bukannya menjadikan bahan “mainan”.

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Terengganu, Yb Khazan Che Mat berkata adalah tidak manis dan tidak wajar bukan Islam membaca ayat-ayat suci al-Quran apatah lagi maksud yang dibaca itu diterjemah secara membuta tuli dan lari daripada maksud sebenar.

Soal beliau kemanakah perginya pemimpin-pemimpin agama dan tokoh ulama yang dicanang dan dijulang di kalangan kepimpinan parti pembangkang sehingga peristiwa malang berkenaan berterusan berlaku.

“Kalau tidak silap saya perkara seumpama ini sudah berlaku sebelum ini…Namun tidak ada teguran. Mungkin atas alasan itu, bukan Islam sesuka hati membaca dan mentafsir ayat al-Quran sesuka hati. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku.

“Saya percaya jika perkara yang sama dilakukan oleh kepimpinan BN, berapi-rapi kutukan akan menyusul. Tetapi disebabkan yang menterjemah ayat-ayat suci al-Quran mengikut seleranya itu datang yang daripada kalangan mereka, terus sunyi sepi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada laman webPemuda sebagai mengulas tindakan perwakilan Angkatan Muda Keadilan (AMK), K. Subramaniam ketika membahaskan ucapan dasar presiden pada hari terakhir Kongres Nasional Tahunan PKR Ketujuh semalam yang mentafsir ayat 190 dan 191 surah Ali-Imran yang tunggang langgang dan keluar daripada konteks sebenar.

Khazan yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Terengganu seterusnya berkata kepimpinan agama parti-parti pembangkang selepas ini akan mencari dalil dan hujah bagi menyokong tindakan berkenaan.

Kata beliau lagi, soal dakwah dan sebagainya sudah pasti akan bergema bagi menutup perkara berkenaan sedangkan hakikat yang sebenarnya adalah tidak betul dan tidak sepatutnya berlaku.

“Saya percaya, akan ada pembelaan daripada tokoh agama mereka dalam soal ini…masyaallah. Bagaimanakah mereka yang tidak percaya dnegan al-Quran boleh menterjemah ayat-ayat suci itu.

“Janganlah kerana kepentingan politik, perkara yang terang-terangan salah dan mencemarkan kesucian Islam di depan mata tidak dihiraukan. Renung-renungkanlah soal maruah Islam dan bukannya nawaitu politik semata-mata,” katanya.

Semalam, perwakilan Angkatan Muda Keadilan (AMK), K. Subramaniam ketika membahaskan ucapan dasar presiden pada hari terakhir Kongres Nasional Tahunan PKR Ketujuh hari ini membaca tafsir daripada ayat 190 dan 191 surah Ali-Imran. Terjemahannya tersasar, tunggang langgang dan terkeluar dari kontyeks sebenar. Beliau dengan sengaja meninggalkan maksud ‘…orang-orang yang mengingati Allah…’. Tafsiran yang dibaca oleh Subramaniam berbunyi: “Firman Allah dalam kitab al-Quran surah Ali-Imran yang berbunyi begini, sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya siang dan malam, maka terdapatlah tanda-tanda manusia berakal agar kita sentiasa berfikir, agar minda diasuh dan terbentuk dengan baik lalu seterusnya melakarkan budaya sihat supaya tidak songsang dan tidak menyeleweng dari norma-norma kehidupan manusia yang beradab lagi bertamadun.” Sebaliknya, tafsir sebenar daripada ayat 190 dan 191 surah Ali-Imran berbunyi seperti berikut: Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal, (iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang ciptaan langit dan bumi (seraya berkata) Ya Tuhan kami, tiada Engkau ciptakan ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, peliharalah kami dari seksa neraka.

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Scandal: Alyssa The Scandal Queen

Jho Low's Girlfriend Paris Hilton drunk and flashing panties ...