Penang:Guan Eng Tunjuk Pandai Tapi Pemalas & Penipu


Seperti biasa Guan Eng yang sentiasa dengan retorikal politik populis sentiasa akan bermain dengan angka angka bombastik yang membuatkan rakyat yang tidak berfikir terpesona .

Sentiasa mahu menang dan tidak akan tunduk kepada orang lain,atau bahasa paling popular ultra kiasu itulah sifat Guan Eng.Dalam pentadbirannya semuanya cuba ditunjukkan dengan penuh kehebatan.

Dalam ucapan beliau semasa MAJLIS ANGKAT SUMPAH PEMANGKU YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI30 NOVEMBER 2010 (SELASA), JAM 9.00 PAGI DI DEWAN KENANGA, MPSP sebentar tadi ketua menteri khalifah sosialis kesayangan khawarij PAS sekali lagi meremehkan minda rakyat.


Teks ucapan Ketua menteri paling celaka dalam sejarah kerajaan negeri Pulau Pinang:-

6. Prestasi kewangan baik adalah disebabkan prinsip CAT, tender terbuka dan konsep perbelanjaan berhemah membolehkan lebihan pendapatan dicapai dan adalah diharapkan MPSP dapat mengekalkan prestasi kewangannya seperti tahun lalu.


7. Dari segi aliran keluar dana, sehingga 30 September tahun ini, perbelanjaan yang telah dibuat oleh Majlis adalah berjumlah RM88.72 juta. Perbelanjaan ini terdiri daripada bayaran emolumen sebanyak RM34.86 juta, belanja mengurus RM53.84 juta dan belanja pembangunan sebanyak RM0.02 juta. Secara perbandingan perbelanjaan Majlis menurun sebanyak RM4.49 juta berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Pada tempoh yang sama tahun lalu perbelanjaan Majlis adalah sebanyak RM93.22 juta.


Berdasarkan teks ucapan beliau ternyata berdasarkan prinsip amalan akuan kerajaan,bererti kerajaan tempatan dibawah kepimpinan Guan Eng adalah PEMALAS dan tidak mengembalikan pembayaran cukai rakyat kepada pembangunan awam.


Guan E ng mengurus akaun bagaikan sebuah perniagaan, hanya mengira untung dan rugi,masuk banyak keluar sikit.Prinsip akaun sebegini hanya layak diamalkan oleh syarikat yang mementingkan keuntungan bukannya kerajaan tempatan atau pun kerajaan negeri.


Adalah tidak mengejutkan apabila seluruh Pulau Pinang dilihat tidak terurus.Lanskap tidak terjaga.Jalan tidak diturap,Lampu jalan tidak dipasang,Sampah tidak dikutip.Persekitaran bandar amat kotor dipenuhi dengan sampah sarap.


Belanja pembangunan sebanyak RM0.02 juta bererti mereka hanya membelanjakan RM20ribu untuk pembangunan? Masuk akal ke tidak ? RM20ribu cukup sekadar buat satu pondok hentian bas.


Kepada siapa Guan Eng mahu berbohong? Rakyat melihat dan tahu apa yang berlaku disekeliling.Jangan hanya bermain dengan angka angka semua orang akan terpesona.


Prinsip CAT yang semua orang tahu hanyalah retorik ,Guan Eng sendiri tidak mengamalkan CAT.Ternyata ketua menteri ini Penipu,Pembelit dan Pembohong



Pisau kata " guan eng lu ada kasi project RM74 juta direct nego sama lu punya kawan talak celita sama olang ka? lu punya CAT sudah tuka jadi Biawak ka?"



See What Pakatan Rakyat Gotta Say?

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Scandal: Alyssa The Scandal Queen

Jho Low's Girlfriend Paris Hilton drunk and flashing panties ...