PKR Dilanda Krisis Kepercayaan Serius

Oleh Kazman Kamal

KUALA LUMPUR 30 Okt. – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin berkata peratusan yang rendah pada hari pertama pemilihan pucuk pimpinan PKR semalam membuktikan parti itu mengalami krisis kepercayaan yang serius.

Menurut beliau dengan kehadiran hanya 15 hingga 20 peratus sahaja ahli keluar mengundi pada hari pertama itu jelas menunjukkan bukan hanya rakyat yang hilang keyakinan terhadap PKR tetapi ahlinya sendiri tidak lagi percaya terhadap perjuangan parti itu.

“Peratusan itu terlalu kecil sedangkan PKR berbangga dengan sistem demokrasinya yang memberi hak mengundi kepada setiap ahli.

"Tapi apa guna sistem 'satu ahli, satu undi' jika majoriti ahli tidak keluar mengundi? Ini jelas membuktikan bukan hanya rakyat yang hilang keyakinan terhadap PKR, malah ahli mereka sendiri juga tidak yakin dan percaya dengan perjuangan parti itu.

"Sekiranya bagi jawatan tertinggi parti hanya 20 peratus keluar mengundi, maka ini isyarat bahawa majoriti ahli PKR sama ada sudah tidak aktif atau mula menolak parti sendiri," katanya, di sini hari ini.

Ahli Parlimen Rembau itu mengulas mengenai kenyataan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution kepada sebuah bahawa peratusan keluar mengundi yang rendah pada hari pertama pemilihan parti mungkin disebabkan bahang kehangatan pemilihan jawatan tertinggi tidak sampai ke peringkat cabang.

Saifuddin menjelaskan, semalam antara 15 hingga 20 peratus sahaja anggota parti itu yang turun memilih calon-calon yang bertanding.

Khairy seterusnya berkata mungkin ada ahli mereka menjauhkan diri disebabkan oleh wujudnya 'papan' tertentu yang sudah disusun awal bagi kemenangan pemimpin-pemimpin tertentu.

“Ini tidak dapat diterima oleh sebahagian ahli. Demokrasi PKR gagal meyakinkan ahlinya sendiri dan sudah tentu ini perlu dinilai oleh rakyat. Sekiranya ahli sendiri sudah tidak minat, mesti ada yang tak kena dengan PKR.

”Kita tengok selepas ini bagaimana cara PKR hendak meyakinkan rakyat sedangkan ahli sendiri tidak lagi berminat dengan pemilihan pemimpin mereka,” katanya.

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Scandal: Alyssa The Scandal Queen

Jho Low's Girlfriend Paris Hilton drunk and flashing panties ...