Saguhati RM250: Pemuda Akan Buat Laporan SPR, SPRM

Oleh S.A Najmuddin

GUA MUSANG 31 Okt. – Jika terbukti Pas membuat pembayaran RM250 kepada pengundi luar untuk pulang mengundi pada Pilihan Raya Kecil DUN Galas 4 November ini, Pemuda BN akan buat laporan kepada SPR dan SPRM agar mengambil tindakan segera terhadap Pas, tegas Ketua Pemuda UMNO Gua Musang, Bazlan Baharuddin.

“SPR telah buat kenyataan bahawa tindakan dan cadangan mereka ini merupakan perbuatan sogokan dan menyalahi undang-undang di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Pemberian wang berkenaan boleh disifatkan sebagai pemberian sogokan bagi tujuan membeli undi,” ujarnya ketika ditemui berkempen bersama calon BN, Ab Aziz Yusoff pagi tadi.

Dalam masa yang sama, Bazlan melihat ini merupakan tindakan terdesak pihak Pas yang cuba untuk mempertahankan kerusi Galas, dan hilangnya keyakinan penduduk dan masyarakat yang tinggal di Galas terhadap Pas.

“Mereka perlu mempertahankan kerusi Galas, namun mereka sudah tidak yakin lagi dengan sokongan masyarakat Galas yang kini kembali memberi keyakinan, kepercayaan dan peluang kepada calon kita, Ab Aziz Yusoff untuk mewakili mereka di DUN Galas ini,” ujarnya yang juga merupakan Bendahari Pemuda UMNO Negeri Kelantan.

Terdahulu, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pemberian wang berkenaan boleh disifatkan sebagai pemberian sogokan bagi tujuan membeli undi.

Pihak parti mungkin boleh memberikan pelbagai alasan bahawa pemberi wang itu adalah sebagai saguhati untuk tujuan menampung kos makan minum ataupun saguhati meninggalkan kerja atau apa sahaja.

Tapi Akta Kesalahan Pilihan Raya dengan jelas menyatakan tindakan berkenaan adalah salah di sisi undang-undang.

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Scandal: Alyssa The Scandal Queen

Jho Low's Girlfriend Paris Hilton drunk and flashing panties ...