Tukar Bendera : Anwar Nafi, Pegawai Anwar Sahkan..

AIDCNews – 31/08/12 – Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat menafikan pembangkang mendalangi perbuatan menukar bendera Jalur Gamilang di ambang Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan ke-55.

"Tiada keputusan seumpama itu dibuat oleh Pakatan Rakyat. Mengapa harus putar belit?" katanya yang dipetik menerusi akaun Twitter.

Sebaliknya, Anwar menuduh perbuatan berkenaan merupakan maintan politik Umno untuk memburukkan pembangkang.

Anwar berkata demikian bagi menjawab pertanyaan seorang pengikutnya di laman sosial tersebut yang meminta beliau menjelaskan mengapa pembangkang mahu mengubah bendera kebangsaan selepas 55 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan.

Sementara itu, di laman twitter, Najwan Halimi, pegawai Anwar itu bersungguh-sungguh mempertahankan tindakan anak muda yang mengibarkan bendera 'Sang Saka Bangsa' menggantikan bendera Jalur Gemilang.


"Sang Saka Malaya akhirnya dikibarkan oleh anak-anak muda!,"katanya yang memuji tindakan anak-anak muda itu.

Malah Najwan pada Ogos 2007 pernah menyiarkan reka bentuk bendera di laman peribadinya yang hampir sama dengan bendera yang dikibarkan semasa sambutan ambang kemerdekaan anjuran Janji Demokrasi semalam.

"Dengan penuh kesedaran dan keinsafan, sebagai seorang warga negara Malaysia yang berdaulat, dengan mendukung semangat Nusantara, saya persembahkan design terbaru bendera Malaysia bagi menggantikan Jalur Gemilang bernama Sang Saka Malaya,"kata Najwan di laman peribadinya, najwanhalimi.com.

Kata-kata di laman peribadinya diedit hari ini yang berbeza dengan tulisan asal sebelumnya.

Manakala di twitternya pula, Najwan berbangga dengan bendera! Sang Saka Malaya itu.

"Dirgahayu Sang Saka Malaya !,"katanya di twitter hari ini.

Najwan Halimi seperti dilaporkan Malaysiakini adalah pegawai Anwar untuk tugas sebagai penasihat ekonomi Selangor.

Najwan bekas pelajar Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dipanggil Anwar untuk menjadi saksi pembelanya dalam menghadapi pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Kehadiran Najwan Halimi sebagai saksi pembela di mahkamah mengesahkan bahawa pengadu yakni Mohd Saiful adalah pekerja Anwar Ibrahim.

Sebelum ini, Anwar pernah menafikan pengadu adalah staffnya, malah turut menafikan mengenali pemuda itu, namun keterangan Najwan menafikan kenyataan Ketua Umum PKR sebelum ini serta mengesahkan Anwar adalah majikan kepada pengadu.

Read More @ Source



More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Scandal: Alyssa The Scandal Queen

Thank you, 2012