Hudud PAS Menzalimi Mangsa Rogol
Beberapa hari lepas negara kita dikejutkan dengan satu berita kes sumbang mahram yang dikaitkan dengan seorang pemimpin kanan pembangkang manakala mangsanya ialah anak perempuan sendiri yang baru berusia 15 tahun.
Berdasarkan pengakuan mangsa, bapanya telah merogol dirinya di rumah mereka pada tahun 2011.
Berikutan perbuatan sumbang tersebut, mangsa dilaporkan telah melahirkan seorang anak luar nikah di sebuah hospital di Selangor.
Laporan polis telah dibuat oleh seorang jururawat bertugas selepas timbul keraguan kerana usia mangsa yang agak muda disamping faktor ketiadaan si suami yang menemaninya sepanjang proses mangsa melahirkan anak.
Lanjutan dari situ, pemimpin politik tersebut dan seorang anak lelakinya yang berusia 14 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan polis manakala sampel DNA kedua-duanya diambil untuk ujian lanjut bagi menentukan kesahihan kes.
Manakala sumber lain pula menyebut, semasa siasatan awal oleh pihak polis didapati telah berlaku tuduh menuduh antara si bapa dengan anak lelakinya berhubung kes tersebut.
Sama ada keterangan mangsa yang melahirkan anak luar nikah ini sah terbukti atau sebaliknya bergantung pada siasatan lanjut oleh pihak polis dan juga keputusan ujian DNA kelak.
Bagaimanapun, jika kes rogol sumbang mahram ini dibicarakan mengikut Draf Hudud PAS yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada November 1993, pastinya peluang untuk mangsa rogol itu mendapat pembelaan terlampau tipis.
Ini kerana berdasarkan kemahuan yang ditetap dalam Keterangan / Bahagian III Seksyen 41 (Syarat-syarat menjadi saksi) dan 42 (Keadaan keterangan)Draf Hudud PAS itu, syaratnya yang berkehendakkan 4 saksi yang tidak berdosa besar dan tidak melakukan dosa kecil yang berulang kali bukan sahaja sukar untuk ditemui malah terlampau jarang perogol yang melampiaskan nafsu mereka dihadapan orang ramai.
Kerapkali kes rogol sama ada melibatkan saudara sedarah (sumbang mahram) at! au sebal iknya, jenayah sedemikian dilakukan secara sulit jauh dari pandangan ramai dan kiranya ada saksi yang kebetulan melihatnya tentu sekali mereka akan segera berusaha menghentikan perlakuan tersebut.
Amatlah malang sekiranya 4 saksi yang tidak berdosa besar yang misalnya kebetulan menyaksikan sesuatu cubaan kes rogol atau perlakuan zina suka sama suka hanya berdiam diri menunggu zakar benar-benar masuk ke dalam faraj mangsa rogol kemudian barulah bertindak menghentikan kejadian tersebut.
Dengan kelemahan keterangan dalam Seksyen 41 dan 42 draf Hudud PAS itu, bukan sahaja mangsa rogol terpaksa menghadapi trauma akibat kejadian tersebut malah apabila dirinya gagal menghadirkan empat saksi yang dikehendaki bermakna mangsa pula yang terpaksa berdepan dengan hukuman Hudud PAS.
Demikian juga kelemahan dalam Seksyen 46 (Keterangan Qarinah) draf yang sama menyebut "Dalam perkara zina, kehamilan atau kelahiran anak oleh seseorang perempuan yang tidak mempunyai suami hendaklah menjadi keterangan yang boleh mendapatinya bersalah melakukan zina dan yang demikian hukuman hudud ke atasnya hendaklah dikenakan melainkan jika dapat membuktikan sebaliknya".
Keterangan dalam Seksyen 46 itu berkait langsung dengan Seksyen 41 dan 42, dengan demikian risiko berlakunya kezaliman terhadap mangsa rogol terlampau besar kecualilah jika kes rogol sengaja dilakukan oleh penjenayah di hadapan khalayak ramai misalnya dalam kes peperangan di Bosnia suatu ketika dulu.
Mempertikaikan kelemahan draf hudud PAS bukan bermakna mempertikaikan Hudud Allah. Kedua-duanya jauh berbeza diantara satu sama lain. Hudud PAS dikarang oleh manusia yang gagal meletakkan sifat adil sebagai intipatinya, sedangkan Hudud Allah meletakkan keadilan di aras yang tertinggi, tidak jumud atau statik dalam tafsirannya untuk pembuktian sesuatu kes.
Merujuk pada kes rogol sumbang mahram yang sedang kecoh sekarang, apakah pilihan yang ada bagi mangsa yang telah melahirkan anak luar nikah itu untuk mendapat! kan pemb elaan apabila draf hudud PAS menutup terus ruang kepada kaedah pembuktian lain misalnya penggunaan DNA, rakaman video, laporan perubatan dan lain-lain?
Bukankah jelas ia bakal menyebabkan berlakunya kezaliman dan ketidakadilan terhadap mangsa rogol tersebut.
Pisau kata " hudud PAS dan hudud Islam berbeza.."
Read More @ Source
More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治
Comments