Orang Melayu Diusir Secara Terancang

Hiasan

Bagi orang biasa, mereka hanya mahu mencari sebuah rumah untuk membesarkan keluarga dan berteduh tanpa memikirkan permainan hartanah yang menjadikan ramai individu kaya-raya.

Permainan jual beli hartanah adalah satu dunia yang memang jauh daripada kemampuan diri, apatah lagi bagi golongan seperti kami yang hanya mampu membeli rumah kos rendah sahaja.

Namun, kebelakangan ini saya dan rakan-rakan yang sama taraf melihat dunia permainan hartanah semakin keji dan kotor apabila pemaju galak membina rumah mahal sementara orang kaya membeli rumah kos rendah dan sederhana sebagai 'pelaburan'.

Berita yang menyatakan Persatuan Pemaju Perumahan (REHDA) yang mahu melupuskan kuota bumiputera yang tidak dapat dijual juga umpama menghina kebijaksanaan orang biasa.

Kami tidak kaya tetapi kami juga tidak bodoh. Bagaimana mahu dijual jika asyik membina rumah mewah yang harganya tidak kurang daripada RM400,000 dan mencecah RM10 juta sebuah?

Adakah mereka ini ingin mempermainkan orang Melayu dengan membeli tanah-tanah dan membina rumah yang sememangnya tidak mampu dimiliki kami walaupun dalam tiga keturunan?

Jelas lagi nyata ini semua taktik untuk menghalau bumiputera kembali ke kampung dan pedalaman dan menumpukan kaum tertentu sahaja di kawasan bandar. Sampai bila kerajaan mahu membiarkan ini berlaku tanpa menghadkan bilangan projek perumahan mewah di kawasan orang Melayu?

Seperti mana dapat dilihat kereta-kereta mewah di ! jalan raya majoritinya dipandu kaum bukan Melayu. Kini sudah jelas wujud penempatan-penempatan mewah yang didiami bukan Melayu bersama orang asing yang membeli rumah di sini.

Di samping itu, kediaman sederhana dan kos rendah pula 'diserang' golongan berduit yang mahu berkecimpung dalam permainan hartanah. Walaupun kononnya sebagai pelaburan, tindakan mereka yang membeli murah dan menjual mahal telah menyebabkan harga rumah melonjak dengan mendadak dalam tempoh 10 hingga 15 tahun sebelum ini.

Ramai yang menjadi jutawan segera melalui aktiviti ini walaupun kerajaan telah mengenakan caj jika menjual semula rumah yang baru beberapa bulan dibeli.

Bayangkan untung bersih menjual rumah kos sederhana atau rendah boleh mencecah RM100,000 sebuah sementara caj yang dikenakan hanya beberapa ribu ringgit sahaja.

Mereka ini umpama penyangak mata wang tetapi memainkan harga hartanah terutamanya harga kediaman. Akhirnya, kami yang mencari rumah untuk didiami menjadi pemilik keempat atau kelima yang terpaksa membayar sehingga lima kali ganda harga sebenar rumah tersebut.

Saya tahu orang yang bergiat dalam permainan hartanah mahupun warga REHDA sendiri akan mempertahankan tindakan mereka sebagai satu proses perniagaan biasa mahupun menyalahkan kenaikan kos barang binaan.

Namun, kami rakyat jelata tidak reda dengan cara 'penyamun tarbus' ini dan tidak menghalalkan satu sen pun yang tergadai untuk mereka ini menjadi kaya dengan mudah.

Saya harap kerajaan kembangkan lagi fungsi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) untuk membeli tanah-tanah dan membina rumah mampu milik untuk didiami sahaja. Hentikan gerakan membina rumah mewah yang tidak kena tempat dan masanya serta halang aktiviti jual-beli rumah semata-mata demi keuntungan.

Berilah peluang kepada anak-anak muda yang masih menyewa untuk membeli rumah pertama mereka berbanding lanun-lanun kaya yang hanya mahu menjadi lebih kaya.

Sumber: Jawa Bernam


Bangsa asing dah lama plan benda ni. Orang melayu je masih tak sedar. Orang melayu masih leka mengejar dunia, bermain main, bergaduh sesama sendiri sedangkan bangsa asing menguatkan ekonomi dan merapatkan kekuatan. Bila tiba masanya, dorang akan bagi pukulan maut. Masa tu orang melayu yang dah sedia berpecahbelah terus KO tanpa sempat melawan.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca
Read More @ Source



More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Scandal: Alyssa The Scandal Queen

Thank you, 2012