SELCAT akan cover-up Khalid isu padang PKNS


Tanah PKNS: Selcat belum ada 'petunjuk' siapa tukar status

28 Jun 2012

SHAH ALAM - Cubaan Jawatankuasa Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) untuk mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan arahan supaya padang Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) ditukar kepada zon komersil tidak berhasil hari ini.

Pengerusi Selcat Datuk Teng Chang Kim bersama beberapa anggota Selcat lain cuba mendapatkan jawapan itu, namun usaha mereka gagal apabila bekas Pengarah Perancang Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Noraini Roslan dan Penolong Pengarah Kanan Jabatan Perancang Bandar MBPJ Faiwos Abdul Hamid dilihat sering berdolak dalik.

"Siapa dalam Majlis Bandaraya Petaling Jaya yang memulakan usaha untuk menukar status padang PKNS di Kelana Jaya daripada rekreasi kepada komersil?

"Siapa yang mengambil inisiatif untuk mencadangkan penukarannya? Adakah seorang pegawai, atau adalah keputusan itu dibuat oleh sebuah jawatankuasa dalam satu mesyuarat? Penukaran ini tentunya tidak berlaku dengan sendiri," soal Teng pada sesi pedengaran awam Selcat yang menyiasat isu pindaan draf Rancangan Tempatan Petaling Jaya 2 (RTPJ2) di sini.

RTPJ2 menimbulkan kontroversi apabila dokumen yang dirujuk Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) Selangor mendapati padang awam milik PKNS itu dizonkan sebagai kawasan rekreasi manakala dokumen yang dirujuk oleh MBPJ pula menunjukkannya sebagai zon komersial.

Penduduk dan badan bukan kerajaan membantah apabila mengetahui padang PKNS di Kelana Jaya itu hendak dibangunkan kerana dikhuatiri akan mengurangkan kawasan hijau selain menimbulkan kesesakan lalu lintas.

Dalam pada it! u, Faiwo s berkata pihak MBPJ ada melakukan pindaan terhadap RTPJ2 selepas satu mesyuarat bersama antara pihak berkuasa tempatan itu dan JPBD Selangor awal tahun lepas.

Kenyataan Faiwoz itu bagaimanapun disangkal Timbalan Pengarah JPBD Selangor Norasiah Bee Mohd Haniff, dengan mendakwa mesyuarat yang diadakan itu langsung tidak membincangkan mengenai sebarang pindaan kepada pelan tersebut tetapi lebih tertumpu kepada proses percetakan RTPJ2 yang telah diwartakan.

Noraini pula mengakui beberapa pindaan yang terdapat pada RTPJ2 dibuat tidak mengikut peruntukan undang-undang, sebaliknya dilakukan berdasarkan amalan biasa sebelum ini.

Beliau mendakwa berdasarkan amalan itu, MBPJ akan membuat pindaan terhadap RTPJ2 meskipun selepas diberi kelulusan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan diwartakan.

"Saya akui yang pindaan tersebut dibuat tidak mengikut prosedur undang-undang yang ditetapkan, sebaliknya hanya berdasarkan amalan biasa sebelum ini. Bagaimanapun, pindaan tersebut hanya melibatkan guna tanah semasa dan langsung tidak menyentuh mengenai pindaan status zon sesuatu kawasan itu," katanya.

Pendengaran awam itu ditangguhkan sehingga 5 Julai.- Bernama

Baca Akar Umbi untuk liputan hari Rabu sini. Manakala

Read More @ Source



More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Scandal: Alyssa The Scandal Queen

Thank you, 2012