Apa Yang Rasis Tentang ‘Gantung Ambiga Sampai Mati?’
June 27, 2012 · 3 Comments
SEDANG bertebaran di laman-laman sosial dan portal berita pro Pakatan Rakyat, mendesak tindakan di ambil ke atas Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz di Dewan Rakyat semalam.
Kononnya, kenyataan Datuk Aziz yang mahu Pengerusi Bersih, Ambabiga digantung sehingga mati kerana melakukan kekerasan untuk menjatuhkan kerajaan, disifatkan DAP sebagai rasis.
Penulis belum mendengar lagi kata-kata yang diucapkan oleh Ahli Parlimen tersebut tetapi apa sekalipun, hukuman gantung memang antara beberapa hukuman yang diperuntukkan oleh Akta-akta yang menjurus kepada kesalahaan cuba menjatuhkan kerajaan secara kekerasan.
Malah kalau semua masih ingat, 4 anggota Al-Maunah diketuai Mohd. Amin Mohd. Razali, yang terlibat dalam kejadian rampasan senjata di Sauk, Perak pada tahun 2000 (PAS kata rekaan kerajaan BN), dihukum gantung sampai mati kerana cuba menjatuhkan kerajaan secara kekerasan dibawah Seksyen 121 Kanun Keseksaan.
Disitu sahaja membuktikan cadangan Datuk Aziz itu tidak bersalahan, dipandang dari sudut mana pun kerana beliau merujuk kepada undang-undang yang betul. Tapi yang penting sekali, tidak satu pun cadangan tersebut yang merujuk kepada rasisme!!
Hanya kerana Ambabiga bangsa India, Aziz melayu, maka itu jadi rasis ka? Betul punya takde akal DAP ni.
Tapi inilah dia pun modal DAP untuk bertahan dalam politik negara kita. Sementara dia gasak UMNO rasis dan sebagainya, dia sendiri bersikap perkauman yang menebal seperti ditunjukkan di negeri Pulau Pinang dimana dia berkuasa penuh. Melayu habis disingkir dari pulau dengan cara yang cukup sistematik, kita tak panggil dia rasis?
Ambabiga memang cuba menjatuhkan kerajaan dengan cara kekerasan pun. Imej-imej kekerasan oleh perusuh Bersih 3.0 itu bersepah dalam internet yang boleh dirujuk. Penulis sendiri melihat dengan mata kepala bagaimana ganasnya puak-puak ini. Kalau tidak kerana kecekapan polis, lagi tunggang terbaliklah Kuala Lumpur dikerjakan puak-puak kuning belaan Ambabiga.
Kita nak nasihat DAP, cari modal lain boleh? Merasiskan perkara bukan rasis ini, samalah dungu dengan tindakan Anwar Ibrahim mengaitkan semua perkara salah mengenai dirinya dengan UMNO.
Orang dah muak dan tak mahu diperbodoh-bodohkan lagi.
Kalau DAP nak sangat cakap pasal rasis, pi cakap dengan muka Dong Jio Zhong (DJZ) atau HINDRAF sana. Kita tahu rama ahli DJZ dan HINDRAF yang masuk DAP malah ada yang diletak sebagai calon pilihanraya pun dan menang.
Malah, kalau nak dikatakan disini, DAPlah sebenarnya yang rasis kerana menjadi pelindung kepada pertubuhan-pertubuhan yang tidak perlu dipertikaikan lagi kerasisasnya.
Lagipun, cakap Datuk Aziz itu dibuat di dalam Dewan Rakyat, takkanlah DAP terlalu bebal untuk tahu bahawa Ahli-Ahli Dewan Rakyat dilindungi imuniti dari sebarang pendakwaan undang-undang.
By Adamyan
Tags: ambabiga, dap, datuk aziz
More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

Comments