Semakin Tak Di Percayai,Rating Anwar Jatuh

Pendedahan ini mengesahkan:(klik sini) mengapa PKR begitu bersungguh sungguh mahukan demo Bersih dilaksanakan. Tak lebih daripada mahu menutup kelemahan Anwar dan PKR.

Mereka bercakap kononnya mendapat sokongan rakyat,mereka sendiri berkata kononnya mereka mewakili suara seluruh rakyat Malaysia.Semua itu hanya omongan kosong dan retorik semata mata.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgptI0YBPMmqOyZoJmhoopM_OX6viddq-MAqHSBsCEfnS3SmaY7Cksdv17nJ6pCH569r1bo-6AqphfIx5cEEtEaARpvQZnsGL54TjBTPgg-XWBsV5xxtIhuKsfT-nfn2QqN9MRUHXs-uMuN/s1600/Saifudin-Nasution-11.jpg
Dalam satu mesyuarat strategik yang dilaksanakan baru-baru ini; yang turut dihadiri oleh Ketua Umum PKR antara perkara yang paling hangat diperbincangkan adalah rating kepercayaan rakyat kepada Anwar. Baik dalam kes sodomi. Baik dalam kes video seks. Yang baik dengan PKR ini; adalah prinsip kejujuran dan boleh berkata benar di dalam mesyuarat tertutup adalah dilaksanakan sebaik mungkin. Jika satu ahli peringkat tertinggi tidak puas hati kepada Presiden, mahupun Ketua UMUM dia boleh memperkatakan perkara itu TANPA dilabel sebagai pengkhianat dan tidak mengenang budi.

Budaya kejujuran ini tidak ada dalam UMNO. Bila depan boss, semua OK dan mantap! Baik depan Presiden; Timbalan Presiden mahupun Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri semua OK dan mantap! Penyakit ini memang PKR sudah buang lama. Dalam mesyuarat PKR mereka boleh saling mengkritik dan terbuka dengan kritikan dan tohmahan.


Salah seorang anggota pimpinan menyoal Setiausaha Agung mengenai rating Anwar pada ketika ini. Untuk makluman, PKR dan Merdeka Centre memang melakukan kajian berkala (2 bulan sekali) mengenai level kepercayaan rakyat kepada Anwar. Responden dipastikan lebih 3,000. Bukan di kawasan yang sama; mengikut keperluan pemerhatian dan data.


Setiausaha Agung cuba bersilat ! kononnya ini tidak melambangkan kepercayaan sebenar rakyat. Ceramah masih mendapat liputan baik. Kekuasaan di media baru juga masih lagi kuat dan teguh. Kita masih lagi punya kesempatan untuk mengembalikan kepercayaan. Saifuddin memang pandai bersilat.


Ahli pimpinan itu bertanya sekali lagi: Tuan Setiausaha Agung; saya bertanya peratusan!!! Sila jawab!!!


Saifuddin dengan nada yang sangat sayu lagi sedih menyatakan survey terakhir yang mereka jalankan penerimaan rakyat kepada Anwar adalah di takat berikut:-

  • 37 % Kawasan Luar Bandar merangkumi kawasan Sabak Bernam, Sekinchan, Sungai Besar dan Jeram. Responden kawasan sama, tahap kepercayaan kepada PAS meningkat ke takat 57 %.

  • 31 % Kawasan Urban/Bandar merangkumi kawasan Shah Alam, Kota Damansara, PJ Selatan dan PJ Utara. Responden kawasan sama, tahap kepercayaan kepada PAS mencecah angka 61 %.

  • 27 % di kalangan pengundi Cina (Selangor); PAS (46 %)

  • 18 % di kalangan pengundi India (Selangor); PAS (23 %)


Ramai yang di dalam mesyuarat tersebut mengeluh. Ada juga yang bertanya mengenai apakah tindakan yang perlu diambil bagi memastikan rating Anwar kembali berada di tampuk yang terbaik.

Argument Saifuddin:-

  • Tidak perlu risau dengan penurunan di kawasan luar bandar (kerana cells Anwar di dalam PAS akan memastikan sokongan kepada PR tidak akan tergugat).
  • Tidak perlu risau dengan penurunan di kawasan bandar (kerana kepercayaan pengundi Cina di Selangor kepada DAP berada di tahap tertinggi; 67.8 %)
  • Kawasan urban akan dipulihkan dengan kejayaan BERSIH 2.0


Tetapi pimpinan PKR masih lagi ragu kerana ini sekaligus memberi makna; mereka terlalu bergantung kepada keku! atan PAS dan DAP. Bagaimana dengan kekuatan parti sendiri? Apakah Anwar masih mampu menjadi seorang leader yang efektif sekiranya rating tersebut menggambarkan suasana sebenar.


Sebelum tamat mesyuarat tersebut; Saifuddin mengingatkan semua ahli bahawa data yang dinyatakan perlu dan WAJIB berakhir di dalam bilik itu sahaja. Morale seluruh jentera PKR perlu dijaga dan dipelihara. Confidence mereka jangan diganggu gugat.


Anwar yang hadir di mesyuarat tersebut nampak sugul dan lemah. Apakah Anwar masih ada command dan aura?-GelagatAnwar


Pisau kata "Sebab tu lah nak buat sangat rusuhan"



Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Scandal: Alyssa The Scandal Queen

Thank you, 2012