PANAS : SIAPA ORANG MELAYU YANG INGIN SERTAI BERSIH, TOLONG BACA INI....
Lagi lagi pasal bersih. Hari hari kat TV ada berita tentang bersih. Ambiga dengan keangkuhannya, pembangkang dengan kebodohannya. Hari ini EP nak mengajak pembaca mengadap realiti. Cakap banyak pun tak guna. Susah sangat orang nak paham. Cuna renung-renungkan isu-isu ini :
SIAPA BIAYAI BERSIH?
BERSIH menjangka 300,000 rakyat akan berkumpul untuk perhimpunan bersih. Maka lebih kurang 300,000 helai t-shirt akan diedarkan. Paling bodoh pun satu t-shirt berharga RM5. RM1.5 juta dah kat situ. Duit transportation, penginapan, makan minum untuk 300,000???? Banyak betul duit BERSIH ya Dari mana datangnya duit tu???Ce jawab ce jawab.
Negara luar bersorak dan bertepuk tangan kalau Malaysia kucar kacir. Nak jatuhkan Malaysia dengan tangan sendiri susah. Makanya guna jek orang Malaysia yang gila kuasa gila harta gila glamer. Habis cerita.. sponsor apa yang patut Sokong mana yang perlu. Hancur Musnahlah Malaysia hasil pengkhianat negara
POLIS ANCAM BERSIH ATAU BERSIH ANCAM POLIS?
Sekiranya perhimpunan bersih diadakan sudah pastinya pihak polis akan diarahkan ke lokasi perhimpunan untuk mengawal keadaan. Dan dah confirm confirm keadaan akan jadi tidak terkawal.. Biasalah bila dah ramai-ramai masing-masing nak jadi hero. Bila polis redakan keadaan. Marah kat polis. Baling polis dengan botol.. Maki hamun sudah tentu. Bila polis mempertahankan diri, kata polis jahat. Bila p! olis sur uh bersurai kata pulak polis barua kerajaan. Bila polis sembur air gatal kata pulak polis kejam
Sekarang SIAPA ANCAM SIAPA? Polis ancam bersih ke bersih yang mengancam polis..Ce jawab ce jawab
Polis hanya menjalankan tugas. Dan polis takkan bertindak jika si bodoh yang berhimpun tidak bertindak dulu.
Terang-terang si bodoh Ambiga nak ancam kedamaian Kuala Lumpur. Nak mengancam periuk nasi para peniaga di kawasan sekitar perhimpunan. Siapa yang jahat sekarang????
CADANGAN EP
MEDIA JANGAN LAGI MEMPERBESAR-BESARKAN ISU BERSIH
Media jangan lagi memberi publisiti kepada perhimpunan bersih. Biar ianya jadi senyap.. Bila media kecoh-kecoh secara tak langsung ia membantu bersih mempopularkan aktiviti haram mereka.
DUDUK RUMAH atau BAWA ANAK ISTERI JALAN-JALAN MAKAN ANGIN
Kalau semua orang mengambil keputusan menghabiskan masa dengan keluarga maka tak adalah orang kena sembur ngan air gatal, takkan ada orang yang cedera apabila bertolak-tolak. Takkan ada isteri-isteri yang menangis kat balai polis sebab takde duit nak jamin suami mereka yang kena tangkap.
Cuba korang fikir berapa ramai anggota polis, askar, FRU etc yang terpaksa bertugas, mengorbankan hari cuti kerana nak menjaga kawasan sekitar perhimpunan? Berapa banyak wang harus dibazirkan untuk mengawal keadaan? Jangan jadi bodohla oi Sumber tenaga dan wang tu patut digunakan untuk sesuatu yang lebih berfaedah.
! div>
Wahai bangsaku sekalian. Bukak la mata Sampai bila nak diperalat? Sudah tiba masanya GUNA KEPALA OTAK bukan KEPALA LUTUT!!!!
Comments