Penggodam Anonymous adalah Anwarnymous

Menurut blog Utopia Baru [sila ke sini untuk baca sepenuhnya], serangan menggodam komputer kerajaan oleh kumpulan Anonymous menyerupai kisah Guy Fawkes yang merancang untuk meletupkan House of Lords, di Parlimen Britain dalam kurun ke-16. Alasan beliau adalah berikut:
Anonymous atau Anwarnymous?1. Malaysia baru saja dikejutkan dengan berita laman web Kerajaan diserang oleh penggodam-penggodam yang dikatakan memprotes akan sekatan penggunaan Internet. Simbol yang sama telah digunakan sebagai logo kumpulan ANONYMOUS yang baru sahaja menggodam (hack) sistem maklumat Kerajaan negara Malaysia.
Adakah kumpulan Hackers Anonymous (Penggodam Tanpa Nama) ini juga cuba memperkenalkan diri mereka sebagai Guy Fawkes masakini yang membawa bibit-bibit penderhakaan (impending treason) melalui tindakan mereka?
(Interestingly, the warning sent to the House of Lords then was in the form of an anonymous letter!)
2. Maklumat terkini dari Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) memberitahu bahawa 90% dari penggodam-penggodam tanpa nama ini adalah rakyat Malaysia. Maknanya 10% lagi adalah orang luar dari negara asing.
Siapakah rakyat Malaysia ini dan siapa pula orang dari negara asing mana yang terlibat?
3. Pada masa yang sama, Demo Bersih yang bermula dengan Mat Sabu dan pasangannya Ambiga telah berjangkit kumannya kepada Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin dan barisan pemudanya.
4. Bagi yang berkesempatan menonton filem "V for Vendetta" akan berpeluang melihat watak Guy Fawkes dihidupkan semula - tapi kali ini digambarkan dan disanjung sebagai wira anti-establishment yang memperjuangkan Jews, gays, racial minorities, Muslims (kononn! ya ada y ang ditangkap sebab memiliki Quran), dan lain-lain kumpulan yang menyedapkan lagi plot cerita mat salleh!
Atas dasar hak kemanusiaan (human rights), seorang pengkhianat (traitor) dijadikan hero!
PERHATIAN:
198 Laman Web Digodam, 90 Peratus Penggodam Dari Dalam Negara
KUALA LUMPUR, 27 Jun -- Sebanyak 198 laman web di dalam negara digodam oleh pelbagai pihak baru-baru ini di mana 90 peratus berpunca dari dalam negara, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Menteri Penerangan Komunikasi dan kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata walaupun sebahagian daripada mereka dapat merosakkan beberapa laman web tetapi isiannya tidak dapat mereka atasi.
Baca sepenuhnya di BERNAMA sini
Comments