PANAS : NIK AZIZ LARI, HADI KENA GETAH.......
Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat telah berangkat ke Uzbekistan bersama beberapa orang Exco Kelantan. Tujuannya ke Uzbekistan adalah untuk menziarahi makam Imam At-Tirmidzi dan Al-Bukhari, dua orang tokoh pengumpul hadis ulung yang kitab-kitab hadis mereka menjadi rujukan umat Islam sehingga sekarang. Selepas beberapa hari di Uzbekistan, Nik Abdul Aziz dan anggota rombongannya akan ke Dubai sebelum menuju ke Madinah dan Makkah untuk mengerjakan umrah. Nik Abdul Aziz hanya akan pulang pada 10 Julai, sehari selepas Demonstrasi BERSIH 2.0 yang dijangka akan diadakan di tempat-tempat sensitif Melayu di Kuala Lumpur.
Dengan kata lain, Nik Abdul Aziz berjaya mengelak daripada terjebak dalam demonstrasi tersebut yang turut dikepalai oleh Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS yang baru.
Pada masa yang sama, suara Abdul Hadi Awang, Presiden PAS yang menyeru semua ahli PAS agar turun menyertai Ambiga Sreevanasan dan Mat Sabu juga kedengaran leweh. Tidak seperti BERSIH 2007, suara Abdul Hadi Awang kali ini tidak begitu kedengaran dan hanya sesekali dipetik oleh media-media pro-Pakatan, sama ada portal berita mahupun blog-blog. Seolah-olah seruan yang dibuat oleh Abdul Hadi Awang hanyalah pelengkap memandangkan PAS adalah sebahagian daripada Pakatan Rakyat dan PAS telah berjanji akan sehidup semati dengan Pakatan Rakyat dalam apa juga keadaan.
Di sana sini, bantahan dan tentangan terhadap BERSIH 2.0 semakin hebat. Majoriti orang Melayu yang sebelum ini kurang peduli dengan apa yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat, mula membuka mata dan membuka mulut. Siri bantahan berlangsung dan hampir 2000 laporan polis telah dibuat dalam usaha mendesak pihak berkuasa agar segera melakukan kekangan supaya Demonstrasi BERSIH 2.0 digaga! lkan.
Sememangnya apa yang berlaku dalam minggu-minggu terakhir ini sangat jauh berbeza berbanding BERSIH 2007 dahulu. Jangkaan bahawa masyarakat Malaysia terutama sekali orang Melayu akan tutup mulut dan membiarkan sahaja demonstrasi dan kekacauan yang ingin dicetuskan oleh Pakatan Rakyat, ternyata meleset jauh. Lebih tidak disangka lagi ialah apabila angkatan tentera turut menawarkan bantuan kepada pihak polis untuk menangani masalah BERSIH 2.0.
Kebanyakan ahli UMNO yang dahulunya bacul dan penakut, kini mulai menunjukkan keberanian mereka. Tidak hanya berani membuat laporan polis mahupun memberi amaran kepada penganjur BERSIH 2.0, sebahagian Pemuda UMNO terutama sekali di Selangor telah bertindak lebih jauh daripada itu. Hampir 800 orang Pemuda UMNO menyerbu ibu pejabat PKR di Tropicana Petaling Jaya dan menimbulkan kegerunan yang bukan sedikit sehinggakan para pemimpin PKR khususnya AMK terpaksa menggubah cerita kononnya, kehadiran Pemuda-Pemuda UMNO di hadapan ibu pejabat mereka adalah untuk membakar ibu pejabat tersebut.
Shamsul Iskandar Mohd Akin, Ketua AMK yang sebenarnya diburu selepas didedahkan dia menghasut orang ramai agar kerajaan digulingkan menerusi BERSIH 2.0 dan demonstrasi jalanan, tidak langsung berani bersuara. Cakap besarnya, nyata memakan diri. Shamsul Iskandar Mohd Akin jelas spesies penakut yang hanya berani bercakap besar di hadapan kelompok sendiri dan apabila diserbu, segera melarikan diri dan terketar-ketar ketakutan!
Yang tinggal sekarang, hanyalah para pengikut PAS yang masih bersemangat untuk menghadiri demonstrasi BERSIH 2.0. Tidak dapat dinafikan, berbanding AMK yang hanya berani menerusi cakap besar, para pengikut PAS pula sebenarnya terlebih semangat untuk melihat kekacauan berlaku di negara ini dan mereka terbabit sama.
Sebabnya sangat mudah, dalam apa-apa juga demonstrasi serta kekacauan di jalanan, merekalah juaranya. Tentu ramai yang masih ingat bagaimana puak-puak inilah yang bersungguh-sungguh berbaring di tengah-tengah jalan raya dalam! usaha m emastikan kerajaan DAP Perak tidak hilang kuasa tidak lama dahulu.
BERSIH 2.0 juga kali ini nampaknya akan menggunakan ahli-ahli PAS yang sama. Kebanyakan ahli PAS yang bijak akan cuba menghindari daripada terbabit dengan BERSIH 2.0. Namun memandangkan majoriti ahli-ahli PAS adalah daripada jenis manusia otak setengah, pastinya mereka sudah tidak sabar-sabar lagi untuk berhadapan dengan sebarang konflik di Masjid Jamek Kuala Lumpur, SOGO dan Dataran Merdeka dalam usaha membela Ambiga Sreevanasan, Madeleine Albright dan George Soros, terutama menerusi otak baghal Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS!!! - MI

Comments