PANAS : KALI INI BETUL BETUL AMARAN TERAKHIR....
Semakin dekat tarikh perhimpunan Bersih semakin runsinglah rakyat Malaysia yang sayangkan negara dan cintakan keamanan. Hanya rakyat yang tidak tahu bersyukur akan nikmat yang dikecapi yang ingin menyertai demonstrasi yang bertujuan untukmemusnahkan negara sendiri.
Beribu laporan polis dibuat dengan harapan tindakan pencegahan sebelum parah diambil oleh pihak berkuasa di bawah Kementerian Dalam Negeri. Namun, sehingga kini, Menteri Dalam Negeri masih bingung seolah-olah tidak tahu apa yang perlu dilakukannya.
Benar, tangkapan dan pendedahan yang dibuat oleh pihak polis membuktikan kecekapan mereka. Tahniah diucapkan kerapa PDRM.
Tetapi, semua orang tahu bahawa mereka yang ditangkap itu hanyalah alat bukannya dalang sebenar. Dalang sebenar masih bebas, masih giat ke sana ke mari mempromosi demonstrasi ini malah semakin galak dan berani mendapatkan kerjasama artis berpengaruh untuk menambah bilangan peserta demonstrasi. Dengan setiap usaha promosi, tidak mustahil mereka akan dapat menambah jumlah peserta.
Malah, mereka juga menggerakkan demonstrasi yang sama di kedutaan-kedutaan Malaysia luar negara untuk menunjukkan kononnya orang Malaysia semuanya menentang kerajaan.
Ini membuktikan yang mereka benar-benar nekad untuk menjadikan Malaysia sebagai Libya atau Mesir melalui Bersih 2.0. Dengan keazaman ini, mereka tentunya sudah punya perancangan yang besar untuk mencetuskan amuk yang menggila untuk memastikan keganasan antara polis dan orang awam tetap berlaku walau dengan apa cara sekalipun.! div>
Tidak mungkin mereka hanya merancang untuk menggertak dan mengacah kerajaan sepertimana Menteri Dalam Negeri asyik menggertak dan mengacah mereka selama ini.
Jelas kini, mereka sudah tidak sabar lagi kerana setiap rancangan mereka untuk membuat huru-hara besar-besaran sebelum ini gagal.
Ketua mereka juga pasti sudah puas mengepam dana namun pemimpin boneka harapan mereka masih belum menampakkan gaya akan mampu merampas kuasa melalui pilihanraya. Kerana itu, Bersih 2.0 harus menjadi grand finale pengkhianatan mereka terhadap negara ini.
Kesan sampingan dari Bersih bukan hanya berkisar mengenai kerugian yang akan dialami oleh peniaga dan pemandu teksi. Atau aktiviti harian rakyat kota. Bersih 2.0 walaupun hanya sehari akan mengakibatkan kesan yang berpanjangan akibat dari imej negara menjadi buruk.
Pada tahun 1998, ketika Anwar mula-mula menggerakkan demonstrasi, media-media asing membuat liputan seolah-olah Malaysia berada dalam huru-hara sedangkan ia hanya berlaku di satu tempat sahaja. Untukmemburukkan lagi imej negara, Anwar memastikan demonstrasi diadakan secara bersiri iaitu setiap minggu dengan berita mengenainya dilaporkan oleh media-media asing secara intensif.
Dengan itu, Anwar berjaya menghalang pelabur dan pelancong ke Malaysia sekali gus menyukarkan usaha kerajaan untuk menjana ekonomi demi rakyat.
Walaupun siri demonstrasi itu tidak bertahan lama iaitu hanya dua-tiga bulan, tetapi media-media asing memainkan laporan tersebut berterusan sehingga 2001 bagi mengsabotaj ekonomi negara. Kemungkinan besar dengan harapan agar kerajaan BN akan dapat ditumbangkan melalui pilihanraya. Namun, BN kekal kukuh di bawah kepimpinan ulung Tun Dr. Mahathir Mohammad.
Kini, kepimpinan Najib juga semakin popular di dalam dan juga di luar negara. Ekonomi Malaysi! a terus meningkat dan Malaysia sentiasa aman damai. Musuh-musuh yang iri hati dengan kejayaan Malaysia sanggup melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan Malaysia dengan menggunakan para pengkhianat di dalam negara. Bagi mereka, sudah sampai masanya untuk Malaysia dihancurkan terus pada 9 Julai ini.
Memandangkan kesungguhan mereka, amatlah tidak wajar dalang-dalang pengkhianat ini dibiarkan terus menghasut, menanam kebencian dan prasangka buruk yang melampau-lampau terhadap kerajaan. Sudah sampai masanya undang-undang mengenai keselamatan negara iaitu ISA digunakan terhadap mereka.
Bukankah Menteri Dalam Negeri sendiri telah berkali-kali membuat kenyataan mengenai bahayanya Bersih?
Sedangkan rakyat sudah lama tahu betapa bahayanya Bersih, seperti juga bahayanya hasutan akhbar-akhbar berbahasa Cina dan kebiadapan Namewee. Rakyat tidak perlu diingatkan tentang bahaya para ekstremis dan pengkhianat ini. Apa yang rakyat perlu ialah melihat tindakan tegas bagi mengekang dan mencegah kegiatan mereka sebelum keadaan menjadi semakin parah.
Lebih dari itu, rakyat ingin mengingatkan bahawa Menteri Dalam Negeri yang lembab dan tidak pro-aktif juga, adalah merbahaya untuk keselamatan negara.
Melihat dari gerak kerja Bersih, tiada siapa boleh menafikan yang mereka mempunyai dana yang cukup banyak dan tidak putus-putus. Inilah yang kita risaukan kerana dengan dana yang sebanyak itu, mereka pastinya mampu membeli dan menjual siapa sahaja termasuk para menteri. -MI
Comments