Kertas Putih Talam membuktikan bahawa ia adalah satu bailout

KENYATAAN AKHBAR (27hb November 2012):

Looking for answers: Chua speaking to reporters on KHSB's purchase of the RM44.7mil in assets from the Selangor government, acquired from Talam Corporation in a debt recovery exercise.

1. Kertas Putih yang dibentang oleh Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Negeri Selangor telah mengesahkan pendedahan saya selama ini iaitu ia adalah satu tindakan menyelamat atau "bailout" di mana akhirnya rakyat telah ditipu dan anak syarikat Kerajaan Negeri menderita. Kenapa saya kata ia adalah satu tindakan menyelamat ?

PENILAIAN

2. Kerajaan PR Negeri Selangor tidak menggunakan penilaian yang dibuat oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan  Harta (JPPH) sepertimana yang dikehendaki mengikut prosedur Kerajaan.

3. Kertas putih itu gagal menjelaskan isu ini dan tiada percubaan untuk menyatakan sebab kenapa Kerajaan PR Negeri Selangor memutuskan untuk menggunakan penilai swasta sungguhpun ia bertentangan dengan prosedur Kerajaan Negeri. Kenapa Kerajaan PR Negeri Selangor lebih cenderung untuk menerima penilaian yang lebih tinggi daripada mengikuti penilaian yang dibuat oleh JPPH ?

Contoh  :

4. Mengikut penilaian JPPH, tanah di Bukit Beruntung 2 bernilai RM113 juta sementara harga penilaian oleh Sulaiman and Co  ialah RM375 juta. Tanah itu diterima dengan harga RM345 juta sungguhpun proses tukar syarat tanah masih belum selesai.

Bagaimanakah penilai swasta ini dipilih? Adakah tender dibuat? Apakah kos yang dibayar kepada mereka dan bagaimana Kerajaan membuat keputusan untuk menggunakan  penilaian JPPH ataupun  penilaian swasta? Mengapakah penilai swasta lebih disukai oleh mereka?

Contoh

5. Penilai Mitra telah menilai tanah di Bestari Jaya pada tahun 2009 dengan harga RM88,000 se ekar dengan jumlah RM199 juta.

Walau bagaimanapun, Mitra telah menilai tanah yang sama untuk Talam pada tahun 2010 dengan harga RM60,000 se ekar dengan jumlah RM142 juta.Nilai harta telah jatuh sebanyak RM57 juta dalam masa setahun, tapi ia telah diterima oleh Kerajaan PR Negeri Selangor dan tiada penilaian oleh JPPH dibuat.

"BAILOUT"

6. Ia adalah satu pembohongan apabila mereka mengatakan bahawa tiada duit rakyat digunakan. Kos yang terlibat bukan RM420,000. Tiada penjelasan bagaimana RM266 juta diperolehi untuk bayar kepada banker Talam. PNSB terpaksa mengambil pinjaman sebanyak RM230 juta dengan menanggung kos faedah sebanyak RM86 juta. Tambah lagi, kos untuk KPMG serta penilai swasta juga tidak dinyatakan.

A)      Sebelum transaksi dengan Kerajaan PR Selangor,   Talam adalah sebuah syarikat yang disenarai di bawah PN 17. Talam telah terkeluar dari senarai PN 17 pada Jun 2010 selepas Perjanjian Penyelesaian ditandangani dengan Kerajaan PR Selangor pada bulan Mac dan April  2010

B)      Harga penilaian yang lebih tinggi yang telah diterima menyebabkan Kerajaan PR Selangor perlu membayar sebanyak RM266 juta kepada banker Talam. Jika harga penilaian untuk aset lebih rendah (contoh Bukit Beruntung 2, Bestari Jaya), maka jumlah yang perlu dibayar kepada banker Talam dapat dikurangkan, ataupun lebih banyak aset dapat diperolehi oleh Kerajaan Negeri.

C)  Diskaun sebanyak RM36 juta telah diberikan kepada Talam walaupun Perjanjian Penyelesaian sebelum ini telah tamat pada tahun 2008 dan tiada penjelasan diberikan.

D)      Usaha mengutip semula hutang ini sebenarnya hanya memindah aset dari Talam kepada anak syarikat Kerajaan Negeri sepertimana yang disahkan dalam Kertas Putih. 90% daripada aset-aset telah dijual kepada anak syarikat Kerajaan Negeri. Hakikatnya KHSB telah menolak percubaan untuk memaksa mereka menerima aset tersebut sepertimana yang didedahkan sebelum ini .

Tiada pembangunan yang besar dilaksanakan dan tiada pendapatan dapat dijana daripada tanah cerun bukit Ulu Yam, unit pejabat , tanah Bukit Beruntung 2 dan tanah Bestari Jaya

Tapi pada masa yang sama, Talam telah bebas dari beban hutang kepada anak syarikat Kerajaan Negeri dan ia juga mampu selesaikan RM266 juta kepada bankernya.

E)      Artikel dalam The Edge pada 15 Mac 2010 menyatakan bahawa untuk Talam mengeluarkan dirinya dari senarai PN 17, syarikat tersebut perlu menyelesaikan hutang tertunggak sebanyak RM227 juta setakat  30 November 2009. Apabila Kerajaan PR Selangor menerima/membeli asset-aset dari Talam, Kerajaan PR Selangor pula dikehendakki membayar sejumlah RM266 juta kepada banker/pembiaya Talam. Jika tidak, Talam akan kekal sebagai sebuah syarikat di bawah PN 17.

F)      Daripada penyelesaian hutang itu, Talam telah dapat jimat bayaran faedah sebanyak RM24 juta setiap tahun sepertimana yang didedahkan dalam pekeliling mereka sementara PNSB pula terpaksa membayar kos faedah sebanyak RM86 untuk tempoh pinjaman dan menanggung bayaran susut nilai sebanyak RM1.2 juta setiap tahun untuk tanah pegangan pajakan di Bestari Jaya.

G)     Selepas Perjanjian Penyelesaian hutang ditandatangani,  Kerajaan  PR Selangor berhutang kira-kira RM30 juta kepada Talam. Kenapa Kerajaan PR Selangor perlu menerima/membeli aset melebihi keperluan sehingga ia sekarang berhutang kepada Talam  pada akhir usaha mengutip semula hutang ini ?

7. Sehingga kini, Kerta Putih yang dikeluarkan menjelaskan bahawa transaksi ini masih belum habis. Sebelum ini, Kerajaan PR Selangor mendakwa kertas putih tidak boleh dikeluarkan kerana transaksi belum selesai. Ini membuktikan bahawa Kertas Putih ini dikeluarkan hasil daripada tekanan daripada MCA, dan Kerajaan PR Negeri Selangor sebenarnya tidak ada niat untuk menunaikan janji yang mereka buat pada tahun  2010.

8. Hakikatnya kos yang terlibat telah menjadi lebih tinggi sekarang kerana Kerajaan PR Negeri Selangor terpaksa menggunakan dana tambahan daripada Kerajaan Negeri untuk membantu Unisel kerana sejumlah besar aset yang diterima dari Talam masih tidak ditukar menjadi wang tunai dan wang tunai yang didapati telah digunakan  untuk membayar banker Talam.

Datuk Chua Tee Yong
Ketua Biro Profesional Muda MCA
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
Ahli Parlimen  Labis

-MCA online-

Read More @ Source



More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Scandal: Alyssa The Scandal Queen

Jho Low's Girlfriend Paris Hilton drunk and flashing panties ...