HOT : ANWAR BENGANG BILA GAGAL BUKTIKAN PERKARA INI??



Pakatan pembangkang yang acapkali melemparkan tuduhan negatif, tohmahan dan dan pelbagai helah gagal menenggelamkan realiti sebenar lantaran sejarah tidak pernah menipu.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr. Ir Jamaluddin Jarjis menegaskan bahawa hakikat yang sebenar UMNO telah berkhidmat kepada rakyat sejak sebelum merdeka lagi dan sehingga kini ia menjadi payung bukan saja kepada orang Melayu tetapi kepada bangsa-bangsa lain juga.

"Orang Melayu ketika itu boleh merdeka sendiri tetapi UMNO mengajak orang Cina melalui MCA dan orang India melalui MIC untuk sama-sama merdeka dan memberi kerakyatan kepada mereka," katanya kepada UMNO-Online.

Jelasnya, pelbagai kejayaan yang telah dicapai dan kelancaran Perhimpunan Agung UMNO yang turut menjadi tumpuan kepada masyarakat keseluruhannya adalah bukti terbaru.

"Ucapan Perdana Menteri tadi bukan saja memberikan satu semangat bahawa UMNO itu perlu berusaha tetapi ia memberikan kita merasa bangga dengan kebangkitan suatu pemimpin yang boleh membawa negara dalam era baru ini.

"Bangsa dan negara menghadapi cabaran bukan saja dari luar tetapi juga dari dalam dan sekarang kita ada seorang pemimpin yang bangkit untuk menyemarakkan satu semangat perjuangan bagi menuju ke medan perang iaitu pilihan raya."

Ujarnya, kepimpinan tertinggi parti hari ini melalui ucapan dasar Presiden telah memadamkan kebimbangan bangsa Melayu yang secara tidak langsung memberi jaminan bagi terus membela bangsa ini.

"Rakyat Malaysia yang lain juga rasa lega kerana kerajaan bukan hanya membela bangsa Melayu bahkan adil kepada seluruh masyarakat," katanya.

Dalam ucapan das! ar Presiden, Datuk Seri Najib telah menekankan bahawa UMNO akan terus memperjuangkan agenda Melayu dan Bumiputera agar mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan bangsa-bangsa lain di negara ini dengan kaedah yang digunapakai oleh UMNO bagi mencapai matlamat ini berubah mengikut era yang ditempuhi. – MediaUMNO
Read More @ Source



More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Scandal: Alyssa The Scandal Queen

Jho Low's Girlfriend Paris Hilton drunk and flashing panties ...