HOT : BUKTI DAP ROMPAK DUIT RAKYAT...??


Sikap kerajaan DAP Pulau Pinang yang mendiamkan diri berhubung isu dana peruntukan rumah rakyat miskin yang berjumlah RM 33.36 juta cukup jelas memperlihatkan bahawa kerajaan Pulau Pinang tidak berminat dalam membantu rakyat miskin di negeri tersebut.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Tanjong, Datuk Ahmad Ibni Hajar, dalam hal ini keseluruhan rakyat tanpa mengira agama dan kaum di negeri ini merasa tertekan dengan sikap berat sebelah kerajaan DAP Pulau Pinang dalam meminggirkan golongan rakyat miskin di negeri tersebut.

"Kerajaan DAP hari ini semacam kerajaan Robin Hood. Tapi, mereka ini Robin Hood yang merompak orang miskin untuk mengayakan orang-orang kaya di negeri itu. Mereka tidak kisah tentang rakyat miskin, sebab itu wang dana yang diperuntukan untuk membina rumah kos rendah langsung tidak diusik.

"Mereka mahu jadikan Pulau Pinang ini negeri golongan orang-orang kaya sebab itu mereka tidak peduli langsung tentang nasib orang miskin di negeri ini. Mereka lebih tertumpu untuk menarik pembeli-pembeli asing untuk membeli hartanah di negeri ini. Tidak pernah dalam sejarah, wujudnya kerajaan yang sebegini rakus dan berat sebelah seperti mana yang diperlihatkan oleh kerajaan DAP di Pulau Pinang hari ini," tegas beliau kepada UMNO Online di sini hari ini.

Jelas beliau lagi, rakyat juga sudah muak mendengar janji-janji DAP untuk membina rumah-rumah kos rendah yang sudah beberapa kali diumumkan, namun sehingga hari ini tidak nampak sebarang perlaksanaannya.

"Mereka umum kononnya kerajaan negeri dalam perancangan untuk membina rumah-rumah kos rendah bagi membantu rakyat miskin, tetapi janji hanya tinggal janji. Rakyat sudah meluat melihatkan sikap kerajaan DAP yang seolah-olah cuba memperbodohkan rakyat dengan sikap hipokrit mereka itu.


"Kita sudah dengar bermacam-macam rancangan kononnya untuk membina rumah kos rendah untuk rakyat, tetapi kita tak nampak sebarang perlaksanaan yang dibuat. Semenjak memerintah Pulau Pinang selama empat tahun yang lalu, tidak ada sebuah rumah kos rendah yang dipacakkan oleh kerajaan DAP untuk rakyat miskin di negeri ini," ujarnya.

Tambahnya lagi, sebagaimana isu tanah Kampung Manggis yang ingin dibeli oleh sebuah syarikat perumahan melalui MCA Pulau Pinang, DAP dilihat cuba menekan dengan menggandakan harga tanah tersebut sekali ganda dari harga asal.

"Dulu harga asal tanah itu hanya RM 11 juta, namun apabila ada syarikat yang ingin membeli tanah tersebut untuk membangunkan rumah kos rendah, mereka menggandakan harganya sehingga RM 22 juta. Bukan! itu saja! , bahkan mereka meletakkan syarat bahawa pembayaran tersebut hendaklah dilangsaikan dalam tempoh satu bulan saja dan sekiranya gagal, urusan pembelian tanah itu akan dibatalkan," katanya.

Sikap yang diperlihatkan oleh kerajaan DAP ini bagi beliau mata jelas bahawa mereka tidak peduli langsung dengan nasib rakyat miskin di negeri ini dan secara diam seolah-olah mereka ingin menghalau orang-orang Melayu dan rakyat miskin di negeri ini agar keluar dari negeri Pulau Mutiara itu.

"Bagi mereka, adalah lebih baik orang-orang Melayu dan rakyat miskin keluar dari pulau ini. Siapa yang ada tanah, boleh jual kepada kerajaan dan keluar dari pulau ini. Ini akan memudahkan DAP untuk mendirikan projek-projek rumah mewah yang boleh dijual kepada pembeli luar negara dengan harga yang lebih tinggi yang boleh memberikan keuntungan kepada kroni dan survival politik kotor mereka itu," jelasnya.-MediaUMNO
Read More @ Source



More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Scandal: Alyssa The Scandal Queen

Jho Low's Girlfriend Paris Hilton drunk and flashing panties ...