Nik Aziz mengaku beri wang peribadi

KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui memberi sumbangan peribadi berbentuk wang kepada mereka yang menyertai perhimpunan badan bukan kerajaan (NGO) yang disokong pembangkang di Kuala Lumpur, semalam.

Nik Abdul Aziz, yang tidak menyertai perhimpunan itu, berkata tindakannya itu bukan satu kesalahan kerana ia merupakan satu bentuk bantuan yang perlu dihulurkan.

"Salah apa bagi duit untuk dia (peserta) bayar minyak (kereta). Dia tinggalkan rumah perlukan minyak kereta dan hotel lagi.

"Hak orang lain saya tidak tahu tetapi saya beri duit poket saya sendiri yang merupakan mereka yang tinggal dalam kawasan saya. Mintak RM20 saya bagi banyak itu," katanya kepada pemberita di kediaman rasminya di JKR 10 di sini, hari ini.

Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian ketika mengulas dakwaan bahawa parti pembangkang memberikan sumbangan wang kepada peserta perhimpunan itu nseperti duit poket termasuk menyediakan penginapan, pengangkutan dan makan minum selama berada di ibu negara.

Ketika ditanya adakah PAS turut memberikan sumbangan yang sama kepada penyokong parti itu, Nik Abdul Aziz berkata perkara itu tidak diketahuinya.

"Wallahualam (jika berlaku perkara itu)," katanya ringkas.

Beliau juga menafikan dakwaan penyokong PAS telah bertindak ganas dalam perhimpunan itu dan menyalahkan pihak lain yang memulakan tindakan tersebut sehingga memukul beberapa anggota media dan polis yang bertugas.

"Saya tak hadir (pada perhimpunan haram itu) sebab uzur. Dari laporan yang saya terima mereka jadi begitu kerana ada sebab. Tak kan keluar rumah nak tinggal anak bini sanggup buat macam itu.

"Orang PAS dididik berakhlak dan berdisiplin. Mesti ada sebab mereka jadi berang dan saya yakin orang PAS tak buat perkara itu," katanya yang melahirkan rasa dukacita terhadap insiden tersebut.

Beliau berkata terpulang kepada pihak berkenaan untuk menyiasat perkara itu.

– Bernama

Read More @ Source



More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Scandal: Alyssa The Scandal Queen

Jho Low's Girlfriend Paris Hilton drunk and flashing panties ...