Ada Implikasi Baik Majlis Perundingan Media


A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

DUA peristiwa membabitkan media massa berlaku dalam masa seminggu ini. Pertama Persidangan Blogger dan kedua majlis tahunan penyampaian Anugerah Kewartawanan Malaysia.

Majlis pertama anjuran Blog House Malaysia pada 24 April dihadiri Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak dan bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Saya tidak hadir kerana jaga cucu yang balik bercuti dari Switzerland. Namun saya sudah mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan blogger kerana berjaya menganjur persidangan itu.

Majlis kedua juga dihebahkan akan diserikan oleh Perdana Menteri. Tetapi beliau tidak hadir dan digantikan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dr Rais Yatim.

Inilah antara jarang kali Malam Wartawan tidak diserikan oleh Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri. Lazimnya kalau Perdana Menteri setuju datang tetapi kerana sebab-sebab sangat mendesak tidak dapat hadir, Timbalan Perdana Menteri akan hadir.

Tetapi majlis malam tadi diselamatkan oleh analisis bernas Rais mengenai situasi media massa Malaysia dan pengumuman beliau mengenai cadangan bersama Kementerian Penerangan dan Keselamatan Dalam Negeri menubuhkan Majlis Perundingan Media Malaysia.

Inilah antara ucapan paling bernas, berfokus dan relevan kepada pengamal dan ! pemilik media massa sejak sekian lama. Terima kasih kepada Rais kerana memandang berat perhimpunan para wartawan, eksekutif media dan pelanggan mereka dengan memberi ucapan yang serius.

Saya dimaklumkan oleh seorang petugas kanan Pejabat Perdana Menteri yang Mohd Najib tidak dapat menunaikan janji kerana di saat majlis dua jam setengah itu diadakan beliau dalam penerbangan ke Kuala Terengganu untuk satu majlis pagi ini.

Saya bersetuju dengan kebanyakan hujan Rais dalam analisisnya, terutama sekali aspek saling sokong menyokong antara media tradisional dan media baru serta pentingnya kesemua pihak mengamalkan tahap etika dan tanggungjawab yang tinggi.

Atas kesedaran itu, saya neutral mengenai penubuhan Majlis Perundingan Media. Kalau ia dapat mempertingkatkan kredibiliti dan integriti media massa agar dapat berfungsi sebagai fourth estate yang bebas dan bertanggungjawab saya menyokongnya.

Jadi amatlah penting keanggotaan majlis itu mencerminkan sifat dan corak media massa kontemporari Malaysia. Seelok-eloknya, ia juga turut diwakili oleh pemimpin-pemimpin masyarakat sivil yang berwibawa.

Dalam pengalaman saya berurusan dengan jabatan dan agensi yang berkuasa ke atas media massa, ada kalanya saya berasa sangat takut dan hampa kerana pegawai yang ditugaskan itu jelas amat cetek dan hambar pengetahuannya mengenai media. Jadi perundingan di peringkat tertinggi diharap dapat mengatasi masalah penguatkuasaan sesuka hati (arbitrary) dan berpilih-pilih.

Comments

Optimized Search

Popular posts from this blog

BAGAIMANA GAMBAR AWEK MELAYU BOGEL BOLEH TERSEBAR DIDALAM BLOG??

Scandal: Alyssa The Scandal Queen

Jho Low's Girlfriend Paris Hilton drunk and flashing panties ...