Rasuah, Rasis : Guan Eng Boleh Tutup Mulut Tapi Rakyat Makin Buka Mata Nilai DAP
Bekas Timbalan Ketua Menteri 1, Pulau Pinang, Datuk Seri Mohd Fairus Khairuddin percaya DAP tidak mampu untuk menjawab apatah lagi menyangkal kenyataan bekas Naib Pengerusinya, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berhubung isu rasuah dan rasis yang diamalkan parti itu.
Ini kerana tegasnya sehingga kini DAP terutama Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng terus mengunci mulut walaupun isu rasuah dan rasis yang dibangkitkan Tunku Aziz itu sudah lama berlarutan.
"Bak kata pepatah berani kerana benar, takut kerana salah. Ini belum lagi isu kesilapan kira undi. Nampaknya DAP sudah terkena ludah mereka sendiri.
"Mereka terutama Guan Eng boleh terus tutup mulut tapi rakyat akan terus buka mata dan fikiran untuk menilai sejauh mana kebenaran kononnya DAP ini satu parti yang bersih, telus dan ada akauntabiliti", katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan DAP yang sehingga kini masih berdiam diri berhubung dakwaan oleh bekas Naib Pengerusinya, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkenaan isu rasuah dan rasis parti berkenaan.
Mengulas lebih lanjut Fairus seterusnya menambah DAP hanya nampak kesalahan dan kesilapan orang lain umpama mengata kain orang koyak tetapi kain sendiri makin terlondeh.
"Sebenarnya pelbagai pendedahan serta dakwaan oleh Tunku Aziz menjadi bukti bahawa parti terbabit telah terkena batang hidung sendiri. Dan seharusnya Tunku Aziz perlu mendedahkan apa lagi yang belum didedahkan untuk kepentingan umum.
"Percayalah….bangkai jika ditutup dengan apa sekali pun ianya akan tetap berbau dan akhirnya diketahui umum juga akhirnya. Apa yang mereka lakukan hanyalah sekadar untuk menyembunyikan wajah hodoh mereka ! yang sebenarnya," ujar beliau.
Beliau seterusnya percaya DAP akan selamanya berdiam diri dan tidak akan berani tampil untuk memberikan penjelasan yang sepatutnya.
UMNO-Online Read More @ Source
More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治
Comments