Konvensyen Khas PR Perkenal Manifesto, Boleh Percaya Ke?
January 28, 2013 · 15 Comments
PAKATAN haram ini dilaporkan akan mengadakan Konvensyen Khas sebelum pilihanraya umum bermula, antara lain untuk memperkenalkan Manifesto Pakatan Rakyat – walaupun Pakatan Rakyat tidak akan bertanding dalam pilihanraya, sebaliknya masing-masing parti DAP, PKR dan PAS.
Biasalah, hanya orang bodoh sahaja yang akan percaya puak-puak ini berkomponen seperti mana BN.
Ramai orang hairan, bagaimana setelah kantoi menipu beberapa kali kerana gagal melaksanakan manifesto 2008, malah Menteri Besar Selangor mengisytiharkan pulak manifesto bukan perjanjian, Pakatan haram ini masih ingin memperkenalkan manifesto untuk pilihanraya umum yang akan datang.
Siapa nak percaya?
Tapi ini bukan masalah, sebab Pakatan itu sendiri was shrouded (diselubungi) oleh penipuan dari mula. Ada jugaklah yang percaya tu, terutama jenis yang hati dah hitam dan tidak nampak lain melainkan bulan dengan muka Anwar dan roket di tengah-tengah.
Anwar tipu pasal nak bentuk kerajaan pada 16 September pun masih ada yang percayakan dia sampai sekarang, apalah sangat pasal manifesto ini ya.
Walaupun belum dilancarkan, tapi penulis tidak rasa akan ada apa-apa yang baru dalam manifesto itu nanti – baru dari segi maksud perkara yang besar-besarlah. Dengan Pakatan tidak buat kerja lain melainkan berceramah hampir setiap malam sejak 5 tahun lepas, penulis rasa semua orang pun sudah tahu apa yang nak ditulis dalam manifesto itu nanti.
Pendidikan percuma, tol percuma, air percuma, kereta murah, itu turun, ini turun, bla bla bla. Pendek kata nak jadikan Malaysia ini macam syurga dunialah, semua yang percuma dan murah ada disini, tak jumpa tempat lain.
Logik tak logik belakang kira, yang penting tipu orang dulu, dengan harapan menang. Penulis dah kata orang bodoh, gila dan mudah dimanipulasi ini ada dimana-mana dalam dunia, banyak dengan sedikit sahaja beza.
Bagaimanapun, untuk majoriti rakyat yang lebih waras dan rasional pemikirannya, inilah masa untuk menetapkan keputusan. Takkanlah dari banyak perkara yang gagal dilaksanakan Pakatan haram ini, kita masih mahu percaya manifesto mereka lagi kali ini.
Hajat dan niat untuk berkuasa dan memenuhkan kepentingan diri sendiri sahaja, bukan nak bantu rakyat sangat pun. Buktiknya, lihat sahajalah di negeri-negeri yang diperintah mereka sekarang, adakah rakyat diutamakan. Kalau rakyat diutamakan, semua janji manifesto yang lepas akan diutamakan dulu, tapi bukan itu yang berlaku.
Alasannya, manifesto bukan janji!!
Ini bukan setakat cakap, tapi alasan sama nak digunakan untuk tujuan pembelaan di Mahkamah nanti, setelah berpuluh ribu rakyat mengemukakan saman terhadap kerajaan negeri Selangor kerana gagal melaksanakan manifesto 2008, antaranya air percuma 20m3 (untuk meter pukal), bantuan ibu tunggal, bantuan kanak-kanak pra-sekolah,
Jadi rakyat perlu fikir kesan percayakan manifesto puak-puak ini, dan perlu ingat satu lagi hal, PAKATAN RAKYAT TIDAK BERDAFTAR!! Apa pun alasan kenapa tak daftar, itu tidak penting, yang penting, tidak daftarlah. Bila tak daftar, tidak ada pertanggungjawaban untuk penuhi semua janji tersebut.
Kesan manifesto tidak bertuan ini besar. Kalau dah menang, Anwar pusing cakap macam mana? Kepada siapa rakyat nak mengadu? Nak bawak ke mahkamah, nama siapa yang nak disebut sebagai defendan? Nanti hakim tanya "siapa ini Pakatan Rakyat?", nak tunjuk apa sebagai bukti?
Rakyat Selangor, Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang kena dah. Yang buat janji sebelum PRU 2008 Barisan Alternatif (BA), alih-alih nama itu hilang, ganti dengan Pakatan Rakyat. Itu yang puaj-puak ini selamba beruk tidak laksanakan janji sebab depa tahu mereka tidak boleh dipertanggungjawabkan.
Jadi berjaga-jagalah kita. Tolaklah Pakatan ini sebab dia buat janji macam bela polong juga, tidak ada nama, penyudahnya nanti, jadilah polong tidak bertuan.
By Adamyan
More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治
Comments