HOT : SHARNAAZ..TOLONG JANGAN BIADAP - ND LALA
Kenyataan Sharnaaz Ahmad yang tetap mahu merisik kekasih hatinya Shila Amzah walaupun tidak mendapat restu telah mendapat respon dari bapa penyanyi tersebut ND Lala.
ND Lala mengatakan bahawa Sharnaaz seolah-olah hendak menolak tepi adat resam orang melayu dan menegaskan bahawa dia dan isteri masih lagi hidup dan jika Shila hendak berkahwin sekalipun dia masih berwalikan saya. Kenyataan Sharnaaz yang mengakui Shila sebagai isterinya bahkan akan merisiknya itu semua karut dan sekaligus menunjukkan bahawa Sharnaaz tidak menunjukkan langsung rasa hormat kepada orang tua.
Secara logiknya, ada benar kata-kata yang dikeluarkan oleh ND Lala.
Saya dan ibu Shilla masih hidup, masih bernyawa. Sekurang-kurangnya hormatilah kami sebagai orang tua. Kalau Shila mahu kahwin sekali pun, saya walinya, bukan Shaarnaz yang menentukan itu isterinya. Dia (Shaarnaz) mengakui Shila bakal isterinya dan tetap akan merisik, semua itu karut. Jangan keluar kenyataan yang boleh memalukan diri sendiri dan saya percaya keluarga Shaarnaz turut malu dengan tindakannya itu.
ND Lala turut sempat memberi sedikit nasihat kepada Sharnaaz.
Ini nasihat saya kepada Sharnaaz, ibu dan bapa Shila masih hidup, kita ada adat dan agama, jadi jangan memandai-mandai. Tolong jangan biadap, hormati kami ibu bapanya. Ini bukan perkara main-main, melainkan kalau mereka mahu kahwin lari.
! div>
Read More @ Source Apa yang dikatakan oleh ND Lala ada betulnya,jika benar niat Sharnaaz untuk mendirikan sebuah masjid apa salah jika dia berbincang secara baik dengan bakal mertua dan cuba untuk mencari jalan keluar dari apa jua masalah yang sedang dihadapi kerana keberkatan ibu dan bapa juga perlu untuk mengekalkan sebuah rumah tangga dan paling penting sifat sabar itu yang menjadi kunci kebahgiaan.
More » Bonology.com | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治
Comments